Seperti yang dijangkakan pada minggu lepas, pada Jumaat malam yang lalu harga Gold & Silver mengalami penurunan ekoran data ekonomi yang di keluarkan memihak kepada pengukuhan ekonomi di Amerika.
Namun, impak penurunannya agak perlahan kerana data NFP dan kadar pengangguran yang dikeluarkan hanya menunjukkan sedikit peningkatan berbanding data ramalan yang menjangkakan kadar peningkatan yang lebih baik.
GOLD
Pada chart di atas, harga menunjukkan telah menyentuh garisan pertama Retracement yang juga bertindak sebagai Support. Jadi terdapat 2 kemungkinan iaitu kemungkinan harga akan berpatah balik dan naik semula, ataupun jika turun maka ianya akan terus menuju ke garisan Retracement yg ke 2 pada nilai 50%.
Saya menasihatkan agar anda menggunakan teknik Dollar Cost Averaging iaitu beli emas setiap kali harga mencecah garisan2 kuning tersebut. Untuk menggandakan keuntungan anda, sila lock segera sebab harga telah pun mencecah garisan kuning yang pertama!!
SILVER
Pergerakan Silver pula agak berbeza berbanding Gold walaupun ianya juga mengalami penurunan kerana ianya masih belum lagi mencecah 1st Retracement Line. Walaubagaimanapun, harga Silver sedang menuju ke garisan Merah yang bertindak sebagai Support Line.
Mungkin pada minggu ini, harga akan mencecah ke garisan Merah tersebut dan sekiranya ia melepasi garisan itu, maka ia akan terus menuju ke garisan Retracement yang pertama.
Advise :
Memandangkan terdapat kemungkinan harga Gold & Silver bakal mengalami Big Correction iaitu penurunan dalam kadar yang agak banyak dan mungkin akan mencecah sehingga ke garisan kuning yang ke-2 dan ke-3, saya mencadangkan agar Modal yang anda akan gunakan untuk rolling ketika ini dibahagikan kepada 3.
Katakan modal anda RM 30,000, lock emas pada kadar RM 10,000 sahaja setiap kali ia mencecah garisan2 kuning tersebut. Sekiranya harga terus turun melepasi garisan kuning yang ke-3, stop lock harga dan nantikan analisis yang seterusnya.
Namun, agak sukar untuk ianya berlaku kecuali terdapat perubahan yang amat besar terhadap perkembangan semasa ekonomi di Amerika.
No comments:
Post a Comment