Harga emas turun dengan cantik sekali beberapa minggu ini. Penurunannya kini hampir mencecah ke garisan Support untuk menentukan sama ada Chart Pattern berbentuk Triple Top di timeframe Daily akan valid atau sebaliknya.
Memandangkan pada pukul 11 malam ini berita penting Index Keyakinan Pengguna di Amerika akan diumumkan, para Trader mula membuat Short position untuk keluar daripada dagangan dan masuk semula selepas keputusan berita ini dikeluarkan.
Jika berita tersebut negatif kepada Dollar, maka kemungkinan besar harga emas akan naik semula kerana ketika ini penurunannya hampir mencecah garisan Support iaitu pada Fibo Line 38.2.
Jika sebaliknya, kemungkinan besar harga emas akan turun lagi sekaligus membuatkan Chart Pattern Triple Top menjadi valid dan harga dijangka menuju ke garisan Fibo 50 dan 61.8.
Anda di nasihatkan terus membeli sebaik sahaja harga emas mencecah ke setiap garisan kuning bertujuan untuk mengaut keuntungan spekulasi melalui Teknik Dollar Cost Averaging.
Call me to lock price....
No comments:
Post a Comment