Wednesday, January 19, 2011

Analisis Teknikal Emas : Minggu Ketiga Bulan Januari 2011

Pada minggu lepas harga emas telah merudum ke paras terendah bagi tahun 2011 ekoran pengumuman beberapa data ekonomi yang menyokong kepada pengukuhan sementara nilai dollar, dan ketika dagangan dibuka pada hari ini harga emas tidak banyak berubah di sebabkan cuti umum bagi Bank-bank di Amerika.

Ekoran penurunan mendadak pada Jumaat lepas, harga emas telah pun mencecah garisan Trendline (garisan merah) yang menunjukkan hala tuju pergerakan emas pada ketika ini. Kebiasaannya, harga akan membuat Reversal sebaik sahaja ia mencecah garisan trendline, bermakna ianya akan mendaki semula menuju ke paras harga tertinggi sebelumnya (Rujuk Anak Panah Warna Biru).

Tetapi, sekiranya terdapat berita-berita ekonomi yang menyokong kepada pengukuhan Dollar, tidak mustahil  yang harga emas akan turun melepasi garisan Trendline seterusnya menuju ke garisan kuning di bawah garisan Trendline tersebut (Rujuk Anak Panah Warna Putih).

Walaubagaimanapun, Trendline tersebut hanya menunjukkan halatuju harga emas bagi jangkamasa pendek sahaja, anggaran tempoh sekitar 4-6 bulan. Jadi sekiranya harga turun melepasi trendline, sila guna Teknik Dollar Cost Averaging iaitu buat order baru setiap kali harga emas mencecah garisan kuning tersebut.

Dalam situasi ketika ini, saya menganggarkan yang anda telah pun membuat New Order ketika harga mencecah garisan kuning pada Jumaat yang lepas. Sekiranya belum, sila hubungi saya dan lock sekarang!! 

Jika harga terus mendaki, anda telah pun untung dan jika sebaliknya anda hanya perlu buat order baru bila harga telah mencecah garisan kuning di bawah garisan Trendline seperti di dalam chart di atas.

Wallahhu aklamu bissowaf...

No comments:

Post a Comment