Saya lihat ramai yang tertanya2 dan risau akan pergerakan harga Emas & Perak pada minggu ini. Masing2 menunggu dengan setia memerhatikan harga yang mengalami Sideway pada hari ini.
Saya yakin, anda yang sedang berfikir samaada mahu lock atau tidak semestinya kini sedang dihantui oleh perasaan TAKUT & TAMAK.
Anda takut sekiranya anda lock Gold & Silver sekarang, nanti harganya akan turun lagi, dan Tamak dengan sentiasa menjangkakan yang harga akan turun lagi dan anda mahu lock hanya apabila harga betul2 berada di paras yang paling rendah.
Dua perasaan itu memang tidak boleh dielakkan. Saya sendiri kadangkala gagal mengawal diri dari dikuasai oleh kedua2 nafsu jahat tersebut.
Baiklah, untuk kali ini saya ingin berkongsi tips dengan anda semua berkenaan pergerakan Gold & Silver pada minggu ini. Pada ketika ini, lupakan tentang Analisis Teknikal, kerana ianya tidak dapat memberikan sebarang signal ke mana halatuju sebenar harga Emas & Silver.
Sebab itulah di dalam analisis, kita perlu menguasai Ilmu Teknikal & Fundamental kerana kedua2nya saling memerlukan diantara satu sama lain.
Saya menjangkakan harga akan terus berada dalam keadaan Sideways sehingga esok malam di sebabkan pada pukul 9.30 malam esok, satu berita yang amat penting iaitu pengumuman data Non Farm Payroll (NFP) akan diumumkan.
Data NFP ini biasanya memberi impak yang besar terhadap pergerakan semua pasaran dagangan antarabangsa di sebabkan ianya memberikan petunjuk kepada keadaan semasa ekonomi di Amerika, samaada Dollar akan mengukuh atau sebaliknya.
Saya menjangkakan data NFP yang akan dikeluarkan pada minggu ini akan menunjukkan kadar peningkatan di dalam sektor pendapatan selain pertanian, sekaligus memberikan impak positif kepada nilai U.S Dollar. Ramalan peningkatan index NFP ini juga adalah berdasarkan berita yang di keluarkan semalam menunjukkan terdapat peningkatan Gross Domestic Product dan pertumbuhan bilangan pekerja di Amerika.
Sekiranya jangkaan ini tepat, maka akan berlaku penurunan harga Gold & Silver pada esok malam selepas berita NFP dikeluarkan. Justeru, keadaan pasaran bermula hari ini sehingga esok sebelum data NFP dikeluarkan adalah berada di dalam keadaan yang tidak stabil dan sukar diramal.
Harga akan naik semua jangan risau... :) Kita membeli emas bukan membeli barang yang semakin susut nilai. Untuk suntikan semangat bg anda sbgmana yg di sebut di dalam buku The Trader’s Great Gold Rush, karangan James DiGeorgia yakin harga emas boleh naik mencecah USD 2500 / Oz pada masa terdekat. Sila ruj posting saya yg lepas di http://emas2011.blogspot.com/2011/01/empat-sebab-kenapa-harga-emas-boleh.html
Oklah Selamat Berehat di hujung minggu bersama keluarga
No comments:
Post a Comment