Saturday, February 26, 2011

Dirham Sebagai Mas Kahwin dan Hantaran

Dirham Sebagai Mas Kahwin

Semoga Berbahagia Dunia dan Akhirat 
Amin Ya Rab Bal Alamain

Cantik dan Nilainya akan Bertambah Naik


Tukarkan Hantaran atau Mas Kahwin anda dalam bentuk 
Dinar Atau Dirham kerana nilainya akan semakin bertambah 
dari tahun ke tahun.

Dinar Sebagai Mas Kahwin dan Hantaran

Bertukarkan kepada Dinar atau Dirham 
sebagai hantaran
atau Mas Kahwin
Dinar adalah penyimpan yg unggul
Tukarkan Maskahwin anda dalam bentuk dinar

Mas Kahwin 2 Dinar =RM1300


Sila hubungi saya untuk membeli dinar atau dirham

Tuesday, February 22, 2011

President Tunisia Simpan Duit dan Emas


Lihatlah Video ini......Selamat Menonton
kemudian baca link di bawah ini cerita pasal isterinya pulak
http://golden2020.blogspot.com/2011/02/leila-trabelsi-lari-bawa-emas-negara-15.html

Keratan Akhbar Today: Emas kini lebih RM4294 satu auns

Keratan Akhbar Today: Emas kini lebih RM4294 satu auns
Kenapa anda masih ragu lagi beli emas skrg..

Sumber Rujukan: 

Monday, February 21, 2011

Tahniah Kpd En Syed Shamsul kerana mendaftar sebagai Dealer

Tahniah kepada Dealer baru saya En Syed Shamsul bin Syed Othman kerana mendafar sebagai Dealer. Anda boleh berhubung dengan beliau untuk sebarang pembelian emas dan dinar.

Syed Shamsul bin Syed Othman 
No hp: 013-2971003 
Area: Putrajaya, Cyberjaya, Puchong
Email: syed_shamsul@yahoo.com.my

Lindungi diri anda dan generasi pewaris anda dari kesusutan nilai matawang dan kenaikan kadar inflasi yg akan menyebabkan wang simpanan anda menyusut nilai. Berubahlah kepada simpanan emas. Beli emas sekarang!!!

Sunday, February 20, 2011

Masih Ragu Nak Beli Emas

sila dapatkan buku ini utk
anda cari rahsia2 memiliki emas
Salam di hujung minggu..semoga anda semua sihat di samping keluarga. Untuk makluman anda semua. Anda tidak perlu risau jika memiliki emas, kerana anda boleh mencairkan baik jika anda mahu menggunakan wang. Beli emas anda akan dapat emas....

Kenapa anda masih menagguh lagi untuk membeli emas. Anda lihat sekarang..harga semakin naik dan naik. Ambil keputusan skrg beli emas today. Ketahuilah bahawa...........

Emas adalah pelindung nilai yg terbaik. Lindungi diri anda dan generasi pewaris anda dari kesusutan nilai matawang dan kenaikan kadar inflasi yg akan menyebabkan wang simpanan anda menyusut nilai. Berubahlah kepada simpanan emas sekarang....

Sila hubungi saya untuk membeli emas dan dinar...

Selamat berehat di hujung minggu bersama keluarga tersayang

Friday, February 18, 2011

Teknik2 Pelaburan Emas Yang Perlu Anda Tahu

Emas adalah pelaburan jangka masa sederhana dan panjang. Ia memang akan menguntungkan pelabur tetapi perlu diketahui tempoh masa yang perlu dibuat bagi pelaburan ini. Kesabaran penting kerana ia melibatkan proses menunggu harga emas naik dan turun.


Terdapat beberapa teknik-teknik yang di amalkan oleh pelabur-pelabur emas dalam menjana keuntungan dengan emas. Antaranya ialah:-


1. Beli emas fizikal dan pegang selama yang mungkin sebagai aset.

2. Buat pinjaman semaksimum mungkin dan beli emas fizikal.

3. Beli emas fizikal ketika harga rendah dan jual apabila harga tinggi

4. Membuat keuntungan dengan emas fizikal (menggunakan teknik pajak)

5. Melabur sambil berniaga emas adalah perkara yang paling ” HEBAT “.

Semakin banyak anda mengetahui mengenai emas semakin banyak 

keuntungan yang anda akan dapat. Tahniah kepada anda sekiranya anda sudah menyimpan emas sebagai aset yang tidak akan susut nilai....


Call me to lock price...

Wednesday, February 16, 2011

Dinar & Dirham: Antara Sebutan Ayat Dalam Al-Quran

Ali ‘Imran, ayat 14
Dan dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu; wanita-wanita, anak harta yang banyak dari EMAS, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)

Ali ‘Imran(3), ayat 91

Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan mati sedang mereka tetap dalam kekafirannya, maka tidaklah akan diterima dari seseorang di antara mereka EMAS sepenuh bumi, walaupun dia menebus diri dengan EMAS (yang sebanyak itu). Bagi mereka itulah siksa yang pedih dan sekali-kali mereka tidak memperoleh penolong.


Al-A’raaf(7), ayat 148
Dan kaum Musa, setelah kepergian Musa ke gunung Thur membuat dari perhiasan-perhiasan (EMAS) mereka anak lembu yang bertubuh dan bersuara. Apakah mereka tidak mengetahui (EMAS) mereka anak lembu yang bertubuh dan bersuara. Apakah mereka tidak mengetahui bahwa anak lembu itu tidak dapat berbicara dengan mereka dan tidak dapat (pula) menunjukkan jalan kepada mereka? Mereka menjadikannya (sebagai sembahan) dan mereka adalah orang-orang yang zalim.



At-Taubah(9), ayat 34
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya sebagian besar dari orang-orang alim yahudi dan rahib-rahib Nasrani benar-benar memakan harta orang dengan jalan yang batil dan mereka menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah. Dan orang-orang yang menyimpan EMAS dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, (bahwa mereka akan mendapat) siksa yang pedih

At-Taubah(9), ayat 35
pada hari dipanaskan EMAS perak itu di dalam neraka Jahannam, lalu dibakarnya dahi mereka, lambung dan punggung mereka (lalu dikatakan) kepada mereka: Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri,maka rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kamu simpan.

Al-Israa’(17), ayat 93
Atau kamu mempunyai sebuah rumah dari EMAS, atau kamu naik ke langit. Dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kenaikanmu itu hingga kamu turunkan atas kami sebuah kitab yang kami baca. Katakanlah: Maha suci Rabbku, bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi rasul

Al-Hajj(22), ayat 23
Sesungguhnya Allah mamasukkan orang-orang beriman dan mengerjakan amal yang saleh ke dalam surga-surga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Di surga itu mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari EMAS dan mutiara, dan pakaian mereka adalah sutera. (QS. 22:23)

Faathir(35), ayat 33
Harga tahun sebelum ini
(Bagi mereka) surga Adn, mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari EMAS, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka di dalamnya adalah sutera.

Az-Zukhruf(43), ayat 35
Dan (Kami buatkan pula) perhiasan-perhiasan (dari EMAS untuk mereka). Dan semuanya itu tidak lain hanyalah kesenangan kehidupan dunia, dan kehidupan akhirat itu di sisi Rabbmu adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. (QS. 43:35)

Az-Zukhruf(43), ayat 53
Mengapa tidak dipakaikan kepadanya gelang dari EMAS atau malaikat datang bersama-sama dia untuk mengiringkannya. (QS. 43:53)

Az-Zukhruf(43), ayat 71
Diedarkan kepada mereka piring-piring dari EMAS, dan piala-piala dan di dalam surga itu terdapat segala apa yang diingini oleh hati dan sedap (dipandang) mata dan kamu kekal di dalamnya. (QS. 43:71)

Al-Waaqi’ah(56), ayat 15
Mereka berada di atas dipan yang bertahtahkan EMAS dan permata.


CALL ME TO LOCK PRICE....019-3557072

Saturday, February 12, 2011

Nilai USD Parah Harga Emas Melonjak Naik

TOKYO 9 Feb 2011- Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) hari ini memberi amaran kepada Jepun bahawa hutang tertunggak dan defisit fiskal negara itu tidak stabil dan perlu ditangani untuk mengelakkan berlaku masalah pada masa depan.

Timbalan Pengarah IMF, Naoyuki Shinohara berkata, keadaan hutang dan defisit fiskal Jepun tidak stabil untuk jangka pendek dan jangka panjang.

Minggu lalu, firma Standard & Poor menurunkan penarafan kredit negara itu kerana menyifatkan Jepun tidak mempunyai pelan yang jelas untuk mengurangkan hutangnya.

Timbalan Pengarah IMF, Naoyuki Shinohara
Standard & Poor telah menurunkan penarafan Jepun kepada AA- berbanding AA disebabkan kerajaan Jepun tidak memiliki strategi terbaik bagi mengurangkan hutangnya berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi mana-mana negara membangun.

''Sekiranya Jepun terus berada dalam situasi fiskal semasa, ia akan menyebabkan negara itu mengalami masalah pada masa depan,'' katanya.

Shinohara berkata, adalah penting untuk Jepun melaksanakan konsensus dalam tempoh terdekat dan melaksanakan perjanjian untuk pemulihan fiskal.

Bagaimanapun, beliau berkata, Jepun tidak akan mengalami sebarang masalah dalam tempoh singkat kerana ia mempunyai simpanan yang begitu banyak.

Peningkatan bilangan penduduk warga emas, deflasi dan kelemahan ekonomi menyebabkan kerajaan Jepun sukar untuk menangani masalah pinjaman tinggi mencecah 200 peratus daripada KDNK.

Hampir satu pertiga perbelanjaan diperuntukkan bagi sistem jaminan sosial ekoran peningkatan jumlah golongan tua.

Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan mahu memberi keutamaan terhadap perubahan dalam sistem jaminan sosial dan sistem cukai, tetapi parti pembangkang enggan memulakan perbincangan berhubung perkara itu.

Kerajaan mampu untuk menjana jurang pertumbuhan fiskal dengan meningkatkan tunai dalam pasaran domestik dan keupayaan untuk melaksanakannya akan menstabilkan keadaan sekarang, dengan skim persaraan dan bank-bank kini menanggung 95 peratus hutang.

Tetapi para penganalisis memberi amaran tekanan akan bertambah ekoran peningkatan jumlah golongan tua dan penurunan simpanan yang akan digunakan semasa persaraan. - AFP

Friday, February 11, 2011

Ambil Peluang Beli Dinar dan Dirham Sekarang...!!!

Apa khabar semua...semoga sedikit maklumat ini membuatkan anda berfikir tentang kelebihan dinar dan dirham...


Emas tetap bernilai walau di mana anda berada di dunia ini. Jika anda memiliki wang adalakah dia bernilai di seluruh dunia. hanya matawang tertentu shj yg di terima di sesuatu tempat. Jadi simpanlah dinar(emas) dan dirham(perak) kerana nilainya semakin naik dan naik.

Memiliki emas nilainya semakin bertambah dan bertambah dari tahun ke tahun...Anda bila lagi..

Ambillah peluang sekarang untuk menyimpan aset dalam bentuk emas...kenaikan emas 250% sejak 5 tahun yang lalu....Sila lihat posting saya yang lepas Ucapan dari Bekas President BSKL. atau anda click di sini untuk mengetahuinya...http://emas2011.blogspot.com/2011/02/kenyataan-bekas-presiden-bskl-kenaikan.html

Sekian selamat menjalankan tugas harian anda....
Call me to lock price 019-3557072

Thursday, February 10, 2011

Mas Kahwin 1 Dinar dan hantaran Gold bar 20g

Alhamdulillah saya baru selesaikan nikah satu pasangan pengantin di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya. Semuanya berjalan lancar. Pengalaman sebelum ini semasa majlis akad nikah pengantin menggunakan MAS KAHWIN dalam bentuk wang tunai sahaja. 

Pemberian Hantaran Jonkong Emas berat 20g
Emas jenis 999.9. Harga today RM 3155
Apa yang saya nak kongsikan dengan anda di luar sana pada hari ini ialah , ada pasangan yang berkahwin dengan menggunakan MAS KAHWIN dalam bentuk Dinar dan Dirham , samada menggunakan Dinar emas, Jongkong emas....tahniah kepada pasangan berkenaan.

Semuanya tak de masalah, atas kesedaran sendiri bukan di suruh atau dipaksa. Orang akan membeli emas dan perak jika dia memahami nilai yg ada pada emas.

Dalam hadis nabi pun ada sebutkan  yang bermaksud : Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham(untuk digunakan). Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Pemberian Mas Kahwin ialah 1 Dinar
Emas jenis 916. Harga today RM652
Kepada mereka yang belum berkahwin saya syorkan gunakan Dinar atau Dirham sebagai emas kahwin kerana nilainya tetap utuh dan  tidak akan di mamah inflasi.

Wednesday, February 9, 2011

5 Tahun Yang Lalu 1 Dinar RM243

Dinar dijadikan sebagai Hantaran Kahwin

Banyak orang mengetahui mengenai dinar emas tetapi berapa ramai pula yang yakin kewujudannya sebagai satu lagi alternatif pelaburan yang mampu memberikan pulangan yang baik.

Selain bebas daripada unsur-unsur riba, dinar emas ternyata mampu dijadikan instrumen pelaburan terbaik, berdasarkan sifat emas itu sendiri sebagai satu komoditi yang amat bernilai dan boleh didagangkan di seluruh dunia.
Di Malaysia, dinar emas wujud dan ia adalah satu instrumen pelaburan yang sah dan mampu memberikan pulangan yang baik selain kaedah urus niaga atau pelaburan lain.
Menurut Pengarah Urusan KPMJ Gold Sdn. Bhd. Ariff Kassim, mungkin kerana pelaburan atau urus niaga menggunakan dinar emas ini masih baru di negara ini, menyebabkan ramai yang kurang berpengetahuan mengenainya.

“Ia (pelaburan dan urus niaga menggunakan dinar emas) sebenarnya telah bermula di Malaysia dan pulangan kepada mereka yang menyertainya amat kompetitif.
“Sebagai contoh… enam bulan lepas, satu dinar emas dijual pada harga RM212 dan harga semasa bagi satu dinar ialah RM243. Bayangkan keuntungannya,” katanya kepada Utusan Malaysia dalam satu pertemuan di pejabatnya di Johor Bahru baru-baru ini.
KPMJ Gold ialah anak syarikat Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor yang dilantik sebagai wakala (ejen) IGD Practice Sdn. Bhd. untuk mengembangkan penggunaan dinar emas dalam masyarakat di Johor dan Singapura.

Satu dinar ialah bersamaan 4.25 gram emas 916 dan piawaian ini ditetapkan oleh Sayidina Umar al-Khattab ketika menjadi khalifah Islam yang kedua.
Pada masa ini, dinar emas dijual dalam pecahan setengah dinar, satu dinar, dua dinar dan 20 dinar mengikut harga emas di pasaran semasa.
Menurut Ariff, melabur atau membuat urus niaga dengan dinar menepati keperluan syariah dalam usaha mewujudkan satu sistem ekonomi tanpa riba.
“Jika kita beli saham, kita sebenarnya membeli `kertas’ dengan nilai tertentu berbanding membeli dinar, kita sebenarnya membeli emas yang sebenar,” katanya.
Di Malaysia, tambah beliau, memang ada pelbagai kaedah pelaburan dan dinar emas adalah satu daripada instrumen pelaburan yang seharusnya dipertimbangkan dengan sewajarnya.

Jika sebelum ini ramai yang membuka akaun simpanan tetap, akaun simpanan atau melabur di mana-mana saham amanah, kini mengapa tidak mencuba melabur melalui dinar emas sebagai satu lagi opsyen, tanya beliau.
“Infrastruktur untuk menjalankan urus niaga dinar emas kini telah wujud dan mengapa ia tidak dimanfaatkan kerana terbukti ia memberi pulangan yang baik kepada pelaburan yang dibuat,” jelas beliau.
Sejak lima tahun lalu, katanya, harga emas di pasaran antarabangsa telah meningkat 49 peratus.

Mengenai kaedah urus niaga dan pelaburan yang dikendalikan oleh KPMJ Gold, beliau menjelaskan, mereka yang melabur boleh membeli dinar emas pada harga semasa dan menjualnya semula apabila berpendapat telah meraih keuntungan.

“Emas (dinar) yang dibeli boleh dibawa balik untuk dijadikan simpanan peribadi atau membuka akaun dan menyimpannya dengan KPMJ Gold.
“Akaun dengan kami boleh diakses 24 jam sehari melalui Internet dan kami tidak mengenakan sebarang kos tambahan untuk menyimpan dengan selamat dinar emas para pelanggan,” jelas beliau.
Selain pelaburan berbentuk simpanan itu, Ariff berkata, dinar emas itu juga boleh dilaburkan di bawah skim Qiradh – satu skim pelaburan Islam yang berasaskan konsep al-mudharabah.
Qiradh menawarkan pulangan antara lapan hingga 11 peratus setahun – berdasarkan nilai dinar emas ketika pelaburan dibuat dan jumlah dinar yang dilaburkan.

Keuntungan yang diperoleh dibayar secara bulanan, mulai bulan pertama tanpa perlu menunggu tempoh matang (setahun).
Sejak KPMJ Gold dilantik menjadi wakala Februari lalu, katanya, sambutan terhadap pelaburan menggunakan dinar emas ini menggalakkan.
Bagaimanapun, banyak lagi yang akan dilakukan untuk mendedahkan kepada orang ramai mengenai peluang meraih pulangan melalui dinar emas.
“Kita menyasarkan untuk mencatatkan perolehan lebih RM20 juta dalam tahun pertama operasi dan berharap lebih banyak yang mengetahui manfaat melabur dalam dinar emas akan berurusan dengan kami,” katanya.

Mereka yang berminat bagaimanapun perlu benar-benar memahami kaedah pelaburan dan pengiraan keuntungan pelaburan dibuat bagi mengelakkan sebarang kekeliruan sebelum membuat sebarang komitmen.- 


SILA HUBUNGI SAYA UNTUK MEMBELI DINAR PUBLIC GOLD 019-3557072

19/04/2005-Arkib Utusan Malaysia Oleh Zaharuddin Md Ali (Wartawan Utusan)

Monday, February 7, 2011

Hukum beli emas secara Ansuran...HARAM atau ...........

Semua ulama empat mazhab mengharamkan jual beli barangan emas secara ansuran dan hutang. 

Bagaimanapun, terdapat pandangan yang mengatakan ia bukan lagi di anggap emas kerana telah dibentuk, bagaimanapun semua empat mazhab menolak hujah ini kerana gelkang, cincin, rantai emas itu, walaupun telah di bentuk ia masih lagi emas dan tidak akan terkeluar dari sifat emasnya. Ia juga adalah pendapat sahabat seperti Ibn Umar, Udabah bin Somit dan disokong oleh pelbagai ulama kontemporari seperti Prof. Dr Muhydin Qurah al-Daghi, Prof Dr Ahmad al-Kurdi, Prof Dr Ali Salus. Prof. Dr Mohd Said Ramadhan Al-Buti dan ramai lagi. 

Rujuk pandangan mazhab empat dalam Al-Mabsut 14/4 ; Al-Bayan wa at-Tahsil 6/444 ; At-Tamhid 2/246 ; Al-Umm , 2/32 ; Takmilah al-Majmu' oleh As-Subky . 10/83 ; Mughni al-Muhtaj , 2/25 ; al-Mughni oleh Ibn Quddamah , 6/60 ) 

Ibn Abd al-Barr dlm Istizkar menyatakan telah berlaku ijma' (sepakat) mengatakan bahawa emas dengan emas seperti dalam bentuk ‘at-tibr' (serbuk) dan apa jua bentuk emas tersebut, hukumnya tetap tidak harus berlaku sebarang tafadhul (tambahan dari mana-mana pihak yang berurusniaga), demikian juga perak. Justeru tidak harus membelinya secara ansuran dan hutang.

Khatib As-Syarbini dalam Mughni al-Muhtaj (2/25) mengatakan bahawa hasil pembuatan atau tukangan emas hingga menjadi barang kemas berbentuk itu tidak memberi sebarang kesan kepada hukum emas yang asal.

Bagaimanapun terdapat satu pendapat minorti ulama yang mengatakan bahawa emas tulen apabila ia telah di bentuk sehingga menjadi rantai, gelang dan cincin. Ia telah menjadi sil'ah (barangan dagangan seperti kereta kerana terdapat proses pembentukan dan pembuatan) dan tidak lagi dianggap sebagai emas biasa, justeru hukumnya juga berubah. 

Pandangan minority ini di katakan adalah pandangan Ia adalah pendapat Mu'awiyah (Rujuk riwayat ini dalam Al-Muwatta oleh Imam Malik dlm kitab Buyu' no 2541; An-Nasaie 7/279 ; Al-Bayhaqi 5/280, tapi Abu Darda telah menegur Mu'awiyyah kerana pandangannya bersalahan dengan nas hadith dan kemudian mengadu ke Sayyidina Umar, dan Umar juga mengharamkan), Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim (Rujuk I'lam al-Muwaqqi'ien, 2/141 utk pendapat Ibn Qayyim dan rujuk kitabnya Tafsir ayat Asykalat utk pendapat Ibn Taymiah 2/632 tapi jika dirujuk Majmu' al-fatawa kita akan dapati Ibn Taymiah bersama pendapat jumhur pula). Hasilnya menurut kumpulan ini adalah Harus untuk menjual dan membelinya secara hutang dan ansuran kerana ia telah jadi sil'ah (barang dagangan).

Ia disokong Prof Dr Mahmud ‘Akkam dari Syria dan disetujui oleh As-Syeikh Prof Dr Yusof al-Qaradhawi (kerana "umum al-balwa" - Perkara maksiat yang kurang mudarat tetapi terlampau meluas dan sukar untuk di halang).

Mereka semua menyokong apa yang disebut oleh Ibn Rusyd al-Maliki ( w 595 H) berkata (Rujuk Bidayatul Mujtahid 2/103) yang mengatakan bahawa: "perhiasan emas dan perak sudah terkeluar dari katergori emas tulen (yang tertakluk kepada hukum tukaran emas dalam Islam), justeru harus menjual dan membelinya walaupun secara tangguh. 

Ibn Mufleh al-Hanbali (w 763 H) pula berkata (rujuk al-Mubdi' 4/149) : Sesungguhnya ia telah keluar dari sifat asal dengan sebab sun'ah (pembuatan dan pertukangan).

Dalil-dalil jumhur dari pelbagai hadith, boleh rujuk di dalam kitab Az-ziyadah Wa atharuha fi al-Mu'awadah al-Maliah oleh Dr Abd Raouf Bin Muhd Al-Kamali (tesis PhD di Univ Imam dengan tahap Mumtaz, 2/558)

Kesimpulan dan pandangan terpilih : Maka hukum barang kemas adalah sama dalam hal ini, kerana ia tetap emas pada pandangan majoriti, lalu setiap pembelian dan penjualan yang dibayar menggunakan duit (maka Kesatuan Fiqh Sedunia telah memutuskan bahawa matawang kertas adalah ‘nuqud istilahiah' yang sama hukum hakamnya dengan emas, maka jual beli barang kemas dengan wang adalah nuqud dengan emas, maka wajib taqabud boleh tafadhul kerana tidak sama jenis.

Apa reaksi anda selepas ini............!!!!

Sunday, February 6, 2011

Kenyataan Bekas Presiden BSKL: Kenaikan Emas ialah 250%

Kenyataan Bekas Presiden Busra Saham Kuala Lumpur mengenai Emas
Sila dengar dan bertindak dengan bijak...

Sila hubungi saya untuk membeli emas dan dinar hari ini....!!!
Call me 019-3557072

Selamat Berehat di hujung minggu bersama Keluarga.

Saturday, February 5, 2011

Menarik today: Harga Kopi Secawan Di Mesir RM200

Keadaan huru-hara di Mesir menyebabkan ekonominya runtuh. Matawang mesir terus jatuh merundum. Semasa saya berada di Bumi Mesir pada  tahun 2000 harga secawan kopi hanya 50 Qirsain (RM 50 sen ). 

Sekarang harga secawan kopi ialah RM200. Bayangkan...macam mana dengan nasib pendeposit2 wang kertas sekarang jika berbanding dengan mereka yang menyimpan aset dalam bentuk emas.

Apa pulak nasib2 pembeli2 saham di sana..dan juga adakah pelabur terus datang kesana dgn keadaan ekonomi Mesir skrg. Emas anda amat bernilai jika keadaan ini berlaku atau kegawatan ekonomi berlaku di sebabkan malapetaka yang berlaku, sama ada di sebabkan bencana alam, inflasi atau sebagainya..
Tahun 1997-2000 saya boleh membeli 1 cawan air tebu
dan tambang untuk ke Universiti. Nilainya RM50 sen. 

Pada Thn 2008 saya pergi hanya boleh membeli 
1 cawan air tebu shj.
  

Anda fikir-fikirkanlah....Adakah anda masih ragu2 llagi untuk menyimpan emas.

Emas laku di mana2 sahaja anda berada...tetapi jika wang kertas...hanya laku di tempat2 yg tertentu sahaja.

Jadi tunggu apa lagi...... hubungi saya bila2 masa untuk membeli emas dan dinar....019-3557072. 

Friday, February 4, 2011

Dua Faktor Penanda Aras Ekonomi Semasa di U.S

Pergerakan harga emas dan perak disepanjang minggu ini berada dalam keadaan Ranging/Sideways. Pergerakan seperti ini kebiasaannya berlaku pada setiap minggu pertama di setiap bulan.
Pada minggu ini, Pengerusi Federal Reserve, Fed Bernanke, akan mengumumkan beberapa berita penting yang menjadi penanda aras ekonomi semasa di U.S, iaitu:
1- Berita Non-Farm Payroll
Berita yang akan diumumkan ialah berkenaan jumlah pendapatan rakyat di U.S di sepanjang bulan Januari, bagi pekerja dalam sektor selain pertanian/agrikultur. Sekiranya jumlah bayaran yang bakal diumumkan melebihi jumlah sasaran, bermakna pendapatan dan kuasa beli rakyat Amerika semakin bertambah. Kesannya akan memberikan impak positif kepada U.S, sekaligus menyokong kepada pengukuhan nilai Dollar dan menyebabkan penurunan harga semasa emas di pasaran dunia dan sebaliknya.

 Pengerusi Federal Reserve, Fed Bernanke

2- Berita Unemployment Rate
Berita ini adalah berkaitan dengan kadar pengangguran di U.S bagi bulan Januari. Seperti yang kita semua telah sedia maklum, jika kadar pengangguran yang bakal diumumkan lebih rendah berbanding kadar yang disasarkan, ianya menunjukkan rakyat mempunyai wang untuk berbelanja dan aktiviti ini akan membantu dalam memacu semula pertumbuhan ekonomi di U.S sekaligus menyebabkan penurunan harga semasa emas di pasaran dunia dan sebaliknya.

Thursday, February 3, 2011

Harga Komoditi Dijangka Melonjak Pada 2011 dan 2012

Steven Yong Head Investment Strategist and
 Research, Wealth Management Citybank

Permintaan yang kian meningkat di pasaran-pasaran baru muncul, dolar Amerika Syarikat (AS) yang lemah diikuti dengan bencana alam seperti di Brisbane, Australia, yang menjejaskan pengeluaran akan terus menolak naik harga-harga emas, minyak dan logam.

“Pertumbuhan ekonomi global, didahului oleh permintaan pasaran baru muncul dan meningkatnya asas- asas di dunia maju akan merangsangkan harga,” kata Steven Yong, ketua pelaburan strategi dan penyelidikan dan produk pengurusan kekayaan Citibank.

Beliau berkata, harga emas boleh naik ke purata AS$1,503.60 (RM4,586) seaun tahun ini dan AS$1,438.20 (RM4,387) seaun tahun depan sementara harga-harga West Texas intermediate (WTI) boleh melepasi purata AS$100 (RM305) setong pada tahun 2011 dan 2012. “Tetapi, adalah tidak mungkin yang harga minyak akan melonjak ke paras tinggi sejarahnya iaitu AS$147 (RM448) setong memandangkan ekonomi global belum lagi sekukuh seperti sebelumnya,” kata beliau.

Keuntungan selanjutnya turut dijangka terhadap kebanyakan harga-harga logam asas dalam jangka pendek dan sederhana dengan keutamaan kepada aluminium dan tembaga, kata beliau dalam satu persidangan akhbar.

“Ini terutamanya disebabkan oleh permintaan pasaran baru muncul yang begitu menggalakkan, khususnya penggunaan yang kian meningkat di China dan India dan beberapa kekangan dalam bekalan,” kata beliau.
Yong berkata, permintaan daripada negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah juga boleh memacu harga-harga logam.

Sehubungan itu, para pelabur seharusnya meninjau negara-negara yang boleh mendapat manfaat daripada trend ini seperti Brazil dan Rusia dengan Brazil merupakan antara pengeluar berkos paling rendah dalam komoditi-komoditi pertanian seperti keluli, besi dan pulpa.

“Perbelanjaan infrastruktur dijangka meningkat di celah-celah pertandingan bola sepak Piala Dunia 2014 dan Olimpik 2016. Oleh itu, pertumbuhan 4.5 peratus yang kukuh diunjurkan tahun ini dan tahun depan di Rusia,” kata beliau. 


Yong berkata, harga minyak ialah pemacu kukuh dalam pasaran ekuiti Rusia dengan sektor tenaga menguasai lebih 40 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK), hampir 70 peratus daripada pasaran ekuiti Rusia.
Selain daripada itu, Rusia mempunyai penilaian yang paling murah di kalangan pasaran-pasaran baru muncul iaitu tujuh kali ke hadapan pendapatan setakat 7 Disember 2010.
Yong berkata, bencana yang dihadapi Australia pada masa ini yang telah menjejaskan pengeluaran arang batu, telah memberi manfaat negara-negara seperti Kanada. 


– BERNAMA / KUALA LUMPUR 14 Jan 2011.

Wednesday, February 2, 2011

Harga Minyak, Emas Naik Kesan Geopolitik di Mesir

KETEGANGAN di Mesir yang bermula awal minggu lalu menyaksikan harga dua komoditi utama dunia iaitu minyak mentah dan emas, meningkat dengan ketara susulan tercetus kebimbangan pelabur terhadap kedudukan geopolitik negara itu.

Kontrak minyak mentah bermutu tinggi di pasaran komoditi New York, ‘Light Sweet’ bagi penghantaran Mac naik 74 sen kepada AS$90.09 setong ketika didagangkan pasaran hadapan elektronik Asia petang semalam.
Pada Jumaat lalu, ia melonjak 4.3 peratus kepada AS$89.34 setong.
Peningkatan itu adalah yang tertinggi pernah dicatatkan di NYMEX sejak September 2009 sama ada dari segi peratusan mahupun nilai dolar Amerika Syarikat (AS).

Sementara itu, emas pula melonjak mencecah AS$1,340.70 satu auns susulan populariti logam berharga itu di kalangan pelabur ketika berlakunya krisis ekonomi dan politik global.

Emas dianggap sebagai instrumen pelaburan yang selamat dalam melindung nilai pelaburan di tengah-tengah krisis politik di negara Asia Barat.Penganalisis Ekonomi Kanan ANZ bank di Wellington, Sharon Zollner yang dipetik Dow Jones, berkata pelabur semakin bimbang protes penunjuk perasaan di Mesir, yang kini dilaporkan semakin meruncing, berkemungkinan akan melarat ke beberapa negara Asia Barat lain, termasuk Arab Saudi.

“Kebimbangan utama ketika ini adalah kemungkinan protes penunjuk perasaan di Mesir melarat ke Arab Saudi dan jika ia menjadi kenyataan, segala urus niaga termasuk penghantaran minyak akan tergendala,” katanya pada agensi berita itu semalam.

Menurut Joint Oil Data Initiative, iaitu organisasi perangkaan negara pengeluar utama minyak mentah dunia, menyatakan Mesir, negara ke-21 pengeluar minyak terbesar dunia, mengeluarkan kira-kira 673,000 tong minyak sehari.
Namun, yang paling dirisaukan, Mesir adalah hab kepada rangkaian perhubungan pembekalan minyak utama dunia di mana letaknya Terusan Suez dan sebuah saluran paip sepanjang 200 batu yang dikenali sebagai saluran Sumed.

Terusan Suez berfungsi sebagai transit utama kepada semua aktiviti penghantaran minyak dan bahan api dunia yang menghubungkan antara Teluk Parsi ke hemisfera barat, manakala saluran Sumed berfungsi sebagai transit alternatif kepada Terusan Suez.

Perangkaan Pentadbiran Maklumat Tenaga AS pula menyatakan, kira-kira 1.8 juta tong minyak mentah dan produk bertapis berasaskan minyak mentah lain, dihantar menerusi Terusan Suez pada 2009.

Saluran Sumed pula pada tempoh itu mengangkut sebanyak 1.1 juta tong minyak sehari. – Agensi