Sunday, January 23, 2011

Apakah faktor yang mempengaruhi harga emas dunia?

Faktor utama yang mempengaruhi harga emas sedunia ialah jumlah permintaan terhadap emas dan jumlah penawaran emas di dalam pasaran.

Macam saham dan lain-lain barang jugalah emas nie… kalau permintaan meningkat maka harganya akan naik, tapi bila permintaan menurun maka harganya menurun.

Permintaan emas di pasaran dunia.


Gambar: Carta permintaan terhadap emas di pasaran.




5 Permintaan  pasaran terhadap emas:-


1. Untuk kegunaan industri


2. Untuk kegunaan pelaburan


3. Permintaan daripada bank-bank negara sebagai rizab negara


4. Permintaan untuk kegunaan sebagai barang kemas


5. Lain-lain kegunaan

3 punca penawaran emas di dalam pasaran 


1. Lombong emas di seluruh dunia


2. Penjualan rizab emas oleh bank pusat


3. Emas terpakai yang digunakan semula

Jadi, perbezaan diantara penawaran dan permintaan emas inilah yang akan menentukan turun-naiknya harga emas di dalam pasaran dunia.

Untuk pengetahuan anda semua, terdapat empat pasaran utama/terbesar emas didunia iaitu London, New York, Hong Kong dan Zurich (Switzerland).

Di pasaran inilah aktiviti belian dan jualan emas secara besar-besaran berlaku. Dengan kata lain setiap masa akan ada pasaran emas yang akan dibuka dan ditutup. 

Inilah yang menyebabkan kita dapat lihat pergerakan harga emas setiap minit dan saat kat www.kitco.com.


Kesimpulannya: Ambillah peluang ketika penurunan harga emas ini untuk memulakan pelaburan emas atau menambah emas yang ada kerana anda dapat memaksimumkan keuntungan sekiranya membeli ketika harga yang rendah


Rujukan: http://jutawanemas.com/v1/gold-article/faktor-yang-mempengaruhi-harga-emas-dunia/

No comments:

Post a Comment