Tuesday, April 12, 2011

Harga emas di Malaysia dan Dunia.

Assalamualaikum bertemu lagi kita....:)  Hari ni tajuk pasal harga emas dunia. Semoga anda faham2. 

Kenapa harga emas antara satu penjual dengan penjual lain berbeza?
Kenapa harga emas kat dalam TV3 dan dalam suratkhabar lebih murah daripada harga emas di Maybank, Public Bank, Public Gold atau kedai emas?

Harga emas di Malaysia adalah berdasarkan kepada harga emas dunia. Dengan kata lain, perubahan harga emas di pasaran dunia akan mempengaruhi harga emas di Malaysia.

Walaupun harga emas dunia berubah setiap minit dan saat, namun harga emas di kedai emas tidak akan berubah setiap minit dan saat. Sebaliknya harga emas di kedai boleh bertukar setiap beberapa minggu dan juga bulan.

Ini membolehkan kedai emas menjalankan urusniaga dengan lancar (bayangkan kalau harga emas kat kedai berubah setiap jam, memang haru dibuatnyer.

Ada penjual emas yang mengubah harganya beberapa jam sekali contohnya Public Bank GIA dan Maybank GSPA manakala Public Gold pula mengubah harga emas mereka setiap 20 minit. Harga Kijang Emas dan UOB pula berubah sehari sekali.

Harga emas dunia adalah lebih kepada panduan untuk peniaga-peniaga emas di Malaysia di dalam menetapkan harga emas mereka.

Sila berhubung dengan saya = 

-www.jutawanemas.com

No comments:

Post a Comment