Thursday, April 21, 2011

Menarik Keratan Akhbar Today : Harga Emas Kekal Tinggi

Logam pelaburan paling selamat lepasi
paras AS$1,500 seauns 

Logam pelaburan paling selamat lepasi paras AS$1,500 seauns 



HARGA emas buat pertama kali dalam sejarah melepasi paras AS$1,500 (RM4,524) seauns semalam, apabila kelemahan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) ditambah pula dengan kebimbangan terhadap kadar inflasi yang tinggi serta krisis hutang yang membelenggu negara Eropah menyebabkan pelabur beralih membeli logam yang dianggap pelindung nilai paling selamat itu.


Harga logam itu mencecah AS$1,502.32 seauns pada satu ketika dalam sesi dagangan di Pasaran Jongkong London semalam sebelum ditutup pada AS$1,499.32 seauns.


Harga logam perak turut mencatatkan harga tertingginya dalam tempoh 31 tahun semalam iaitu AS$44.48 seauns. 


“Harga emas kekal tinggi, apabila tekanan inflasi jangka pendek dan ketidaktentuan ekonomi telah mencetuskan peralihan kepada pelaburan lebih selamat,” kata Penganalisis Komoditi Kumpulan Kewangan Rusia, VTB Capital, Andrey Kryuchenkov. 

Emas dilihat sebagai pelindung nilai paling selamat dalam situasi ekonomi yang tidak menentu. 

Harga emas mula melonjak untuk bergerak ke paras AS$1,500 pada Isnin lalu selepas agensi penarafan antarabangsa, Standard & Poor’s (S&P) menyemak semula tinjauan penarafan hutang kedaulatan AS kepada negatif daripada stabil. 
Penarafan S&P itu mencabar penarafan ‘AAA’ Washington, apabila ia memberi amaran bahawa ahli politik AS dilihat tidak mampu menyetujui pelan untuk mengurangkan defisit bajet yang besar, iaitu kira-kira 10 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu. 

Penurunan penarafan itu juga mengheret turun harga saham dunia pada Isnin, di tengah-tengah meningkatnya kebimbangan terhadap inflasi dengan China, India dan zon euro bergelut untuk membendung kenaikan harga. 

Minggu lalu, firma perunding logam, GFMS mengunjurkan harga emas akan melonjak melepasi paras AS$1,600 tahun ini, dipacu terutama oleh kebimbangan ke atas inflasi yang tinggi. 

Kryuchenkov berkata: “Emas melonjak selepas S&P menurunkan penarafan tinjauan hutang kedaulatan AS kepada negatif dan ia dibuat ketika adanya kebimbangan mengenai masalah ekonomi susulan kemunculan semula masalah hutang di zon euro.” 

Harga emas telah meningkat enam peratus sejak awal tahun ini, memecah beberapa siri rekod tertingginya sepanjang tempoh itu. 

Harganya melepasi paras AS$1,000 buat kali pertama pada Mac 2008. 

“Emas akan terus menjadi tumpuan pelabur selagi kebimbangan terhadap inflasi dan hutang berterusan,” kata Penganalisis kumpulan perdagangan Spread Co, Ian O’Sullivan. – AFP 

Sila hubungi saya sekarang untuk membeli emas dan dinar


sila clik sini dpt berita penuh dari 
Berita Harian : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Hargaemaskekaltinggi/Article 

Thursday, April 14, 2011

Wednesday, April 13, 2011

Mahal...!!!! Jika Anda membeli emas di kedai emas.....

Alhamdulillah harga emas di fgjam terus naik lagi....cuba anda bandingkan dengan kenaikan pada tahun 2010 yg saya sertakan di bawah ini.  


Mahal jika anda membeli emas di kedai emas kerana Harga emas di kedai emas di tentukan oleh Persatuan Pernigaan Emas Malaysia. Utk tahu lebih detail sila anda ruj web ini : http://www.fgjam.org.my/aboutus.asp

Tahniah.....!!!!! 
kepada yg sudah memiliki emas. Sekarang keseronakan anda sudah dapat rasai...Kepada yang belum menyimpan emas mulakan hari ini....walaupun bermula dgn 1 dinar. :)

Mari kita tgk perbezaan harga 2010 dan 2011 hanya beberapa bulan sahaja...harga inilah yg di jual di kedai2 emas di seluruh malaysia....tapi kalau beli dgn saya murah lagi....

Lihatlah perbezaannya.....

Jika anda ingin membeli emas dan dinar 
sila hubungi saya 017-3098596.....

Tuesday, April 12, 2011

Harga emas di Malaysia dan Dunia.

Assalamualaikum bertemu lagi kita....:)  Hari ni tajuk pasal harga emas dunia. Semoga anda faham2. 

Kenapa harga emas antara satu penjual dengan penjual lain berbeza?
Kenapa harga emas kat dalam TV3 dan dalam suratkhabar lebih murah daripada harga emas di Maybank, Public Bank, Public Gold atau kedai emas?

Harga emas di Malaysia adalah berdasarkan kepada harga emas dunia. Dengan kata lain, perubahan harga emas di pasaran dunia akan mempengaruhi harga emas di Malaysia.

Walaupun harga emas dunia berubah setiap minit dan saat, namun harga emas di kedai emas tidak akan berubah setiap minit dan saat. Sebaliknya harga emas di kedai boleh bertukar setiap beberapa minggu dan juga bulan.

Ini membolehkan kedai emas menjalankan urusniaga dengan lancar (bayangkan kalau harga emas kat kedai berubah setiap jam, memang haru dibuatnyer.

Ada penjual emas yang mengubah harganya beberapa jam sekali contohnya Public Bank GIA dan Maybank GSPA manakala Public Gold pula mengubah harga emas mereka setiap 20 minit. Harga Kijang Emas dan UOB pula berubah sehari sekali.

Harga emas dunia adalah lebih kepada panduan untuk peniaga-peniaga emas di Malaysia di dalam menetapkan harga emas mereka.

Sila berhubung dengan saya = 

-www.jutawanemas.com

Monday, April 4, 2011

Buku-buku menarik tentang pelaburan emas

Selamat pagi semua...maaf kerana lama saya tidak membuat posting terkini dlm blog ini....memandangkan masa terluang tak de..jadi pada pagi ini sblm saya pergi ke tempat kerja sempat saya mencari posting yg menarik utk di kongsikan bersama anda semua...info ni saya rujuk dari siffu jutawaemas.com. Terima kasih kerana anda masih setia dgn blog ini..:)

Memandangkan bagusnya info-info yang terdapat di dalam buku-buku ini, maka saya ingin cadangkan kepada anda supaya mendapatkannya. Lepas baca, gerenti bertambah ilmu anda. Anda boleh menjadi pelabur yang berilmu dan sofistikated.

Anda akan dapati pelaburan di dalam emas bukan sekadar membeli dan menyimpan, tetapi boleh sampai tahap anda melabur menggunakan ‘option’; salah satu cara mudah mendapatkan kekayaan dalam pelaburan emas

Untuk pengetahuan anda, tak banyak buku-buku berkenaan pelaburan emas di kedai-kedai buku di Malaysia. Jadi, jalan terbaik ialah mendapatkan buku-buku ini melalui internet. Biasanya saya akan beli daripada www.amazon.com . Ini kerana terdapat banyak tajuk buku mengenai pelaburan emas disana.

Walaupun ada maklumat tentang pelaburan emas boleh anda perolehi daripada internet, namun jika anda serius untuk memahami subjek ini, maka saya cadangkan agar anda beli buku.

Ini kerana sesebuah buku pelaburan emas ditulis oleh orang yang pakar di dalam bidang ini. Buku juga mudah dibawa kesana ke sini. 

Kalau free, boleh baca sambil sambil minum kopi. 
Selamat membaca dan menyimpan, melabur emas. Sila hubungi saya utk membeli emas dan dinar...Anda bayar cash anda terus dapat emas.

rujukan: