Wednesday, March 23, 2011

Menarik today: Emas dan Perak Sbg Rizab Penyokong Nilai Sesebuah Negara....

Assalamualaikum..dan selamat malam... semga anda semua sihat....saya sambung artikel seterusnya. Terima kasih kerana anda masih lagi setia dgn blog saya...

Sambungan tajuk hari ini...
2-Emas dan perak sebagai rizab menyokong nilai matawang negara 

President RichardNixon akhirnya akui dgn
 kehebatan emas dan perak...........
Emas dan perak telah lama menjadi penyokong nilai matawang sesebuah negara. Amerika Syarikat sebagai contoh dahulunya mempunyai standard emas dan perak yang tersendiri di mana setiap US Dollar yang dicetak akan disokong oleh nilai emas/perak yang sama nilainya di dalam simpanan. Sehingga tahun 1934, sesetengah wang kertas Amerika boleh ditukar dengan emas/perak yang sama nilainya.

Pada tahun 1971, Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Richard Nixon telah mengistiharkan bahawa USD tidak boleh ditukarkan dengan emas. Jadi emas dan perak tidak lagi digunakan untuk menambat nilai matawang USD.

Hasilnya ialah wang fiat iaitu wang yang tidak disandarkan kepada mana-mana aset yang bernilai. Nilai wang berdasarkan persepsi pengguna bahawa ianya adalah wang dan bernilai. Wang fiat cuma bernilai kerana arahan/paksaan pemerintah.

Kalau dalam konteks Malaysia pulak.. senang jer.. cuba saudara/i renung kat duit kertas kita. Nampak tak perkataan nie:
“WANG KERTAS INI SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI”…
wang kertas Malaysia pun ialah wang fiat.

Ini kerana kertas itu sendiri tidak ada nilai.....yang menyebabkan matawang kita bernilai ialah kerana undang-undang yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Malaysia mengiktiraf kertas bercetak itu sebagai wang.

Masihkah anda ingat.....!!!!
wang syiling RM 1 sudah tidak laku lagi. Tetapi kalau
emas tidak ada sesiapa yg boleh mengatakan dia tidak
akan laku dan tetap bernilai.....
.
Apa akan jadi jika wang fiat tidak diiktiraf kerajaan?
Jawapannya.. 
wang tu tak laku lah…
Ingat tak lagi kisah syiling RM1? mesti ingat kan? dulu kita selalu guna syiling RM1 nie untuk beli apa-apa. Namun, mulai 7 Disember 2005 syiling ini telah diistiharkan tidak sah diperlakukan oleh Bank Negara Malaysia dan dikeluarkan dari pasaran.

Fikir2kanlah....tukarkan simpanan anda dalam bentuk emas kerana nilainya akan terus berganda2 setiap tahun. Keseronakan akan anda rasai nanti.......:)

Sila hubungi saya skrg untuk membeli emas.......
anda bayar cash saya bagi emas...

No comments:

Post a Comment