Monday, October 4, 2010

Tindakan kedua: Beli emas secara konsisten.

Setelah memulakan langkah pertama anda, maka langkah kedua ialah membeli emas secara konsisten. Dengan kata lain, anda perlu menetapkan matlamat untuk memiliki emas setiap beberapa bulan. Contohnya anda meletakkan target untuk membeli sebiji dinar setiap 3 bulan.
Dengan mengambil tindakan membeli emas secara konsisten, anda akan memperoleh keuntungan dengan kaedah pemurataan kos (cost averaging). Di dalam trend harga emas yang menaik, purata harga emas yang anda beli akan semakin menurun jika anda membeli emas dengan konsisten.


Bagaimana kaedah pemurataan kos menguntungkan pelabur emas di dalam jangkamasa panjang.
Untuk memudahkan anda melihat keuntungan mengunakan teknik pemurataan kos, saya akan berikan anda satu contoh:

Andaian 1: Anda telah memulakan pelaburan emas daripada tahun 2006 sehingga tahun 2009.


Andaian 2: Anda membeli 1 keping syiling Kijang Emas ½ Oz secara tetap sebanyak 4 kali setahun. Syiling Kijang Emas ini anda beli setiap bulan Januari, Mei, September, Disember.


(anda boleh merujuk sejarah harga Kijang Emas di laman web Bank Negara Malaysia)
di laman web: 
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141 )




Daripada jadual diatas, apabila anda mencampurkan keseluruhan harga syiling Kijang Emas daripada tahun 2006 – 2009, jumlahnya ialah RM23,257 dan anda mempunyai 16 keping Kijang Emas.
Jadi, kos purata setiap Kijang Emas ialah RM1453 setiap satu.
Pada 1/6/2010 nilai belian balik kijang emas ialah RM2027. Jika anda menjual kesemua 16 keping syiling Kijang Emas maka keuntungan anda ialah:
(RM2027 – RM1453) x 16 keping = RM9184.00
Ini adalah keuntungan sebanyak 39.49%


Dengan membeli sebiji Kijang Emas secara konsisten, anda akan mendapati 
bahawa harga purata bagi setiap syiling akan menjadi lebih rendah.
p/s: Bagi memudahkan pengiraan saya andaikan anda hendak jual semua syiling Kijang Emas tersebut. Tetapi mungkin anda akan menjual 15 keping sahaja kerana Kijang Emas yang dibeli pada 1/12/2009 itu belum untung lagi.
TIPS! Bagaimana memaksimakan lagi keuntungan pelaburan emas anda menggunakan teknik pemurataan kos?
Untuk memaksimakan lagi keuntungan anda perlu menggunakan teknik ini:
(.. teknik ini diceritakan di dalam ebook saya, jika anda rasakan ilmu emas ini sangat menarik, apa kata anda dapatkan ebook “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas”
Saya jamin ilmu yang ada kat dalam ebook ini akan memudahkan anda membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan)


Kesimpulan:
1. Ilmu emas sangat menguntungkan jika dibuat dengan betul.
2. Ilmu pelaburan emas yang lengkap boleh diperolehi di dalam ebook saya
    
 “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Edisi 2010″(klik sini)
     Anda boleh beli jika mahukan ilmu emas yang lengkap.
3. Setelah mendapat ilmu yang betul, anda perlu membuat tindakan.
4. Kongsikan ilmu pelaburan emas dengan rakan-rakan Facebook anda.
     Klik ikon recommend/syorkan di bawah sana.
     Mereka akan berterima kasih kepada anda.

No comments:

Post a Comment