Monday, October 4, 2010

Pelaburan Emas dan Pelan Strategi....

Pelan tindakan.

 Terdapat 3 pelan tindakan yang perlu anda ambil:
  1. Tindakan pertama: mulakan sekarang! Beli emas dulu kemudian baru tunggu(buy gold first then wait), bukannya tunggu masa yang sesuai untuk bermula.
  2. Tindakan kedua: Beli emas secara konsisten.
  3. Tindakan ketiga: –untuk lebih untung lebih buat tindakan nie — (baca dalam ebook)

Tindakan pertama: Beli emas dahulu, kemudian baru tunggu.

Tindakan pertama adalah MULAKAN SEKARANG!
Anda perlu membeli emas dahulu kemudian barulah tunggu harganya naik.
Ramai orang yang baru hendak bermula akan terasa teragak-agak untuk membeli emas mereka untuk kali pertama. Keadaan ini biasanya berlaku apabila harga emas sedang tinggi. Mereka takut selepas membuat pembelian tiba-tiba harga emas jatuh dan mereka akan rugi. Mentaliti ini perlu dielakkan sama sekali.
Ramai yang teragak-agak untuk memulakan pelaburan emas walaupun tahu ianya sangat menguntungkan dan emas memang naik harga di dalam jangkamasa panjang. Mereka merasakan harga emas “mahal”.
Ya memang betul emas memang mahal. Ia akan menjadi lebih mahal :)

Gambar: Harga emas makin lama makin naik.
Saya tak pernah jumpa orang yang cakap harga emas adalah murah. Perasaan mahal itu hanyalah bisikan otak kiri anda sahaja. Usah pedulikan ia. Yang penting anda perlu bertindak.
Emas adalah pelaburan jangkamasa panjang (setahun keatas). Walau apa juga harga emas ketika itu anda perlu membeli emas dahulu, kemudian baru menunggu.  Sekarang ialah zaman kenaikan harga emas. Dimana sahaja harga permulaan anda, anda akan tetap untung.
Jadi ambil tindakan sekarang!!

                                                                                               -petikan jutawanemas

No comments:

Post a Comment