apa khabar semua....maaf sbb lama dah tak buat posting....smg apa yg saya tuliskan ini menjadi munafaat utk kita semua...Saja nak kongsi kisah Qarun yang hebat dalam mengurus pernigaan. Insya Allah selepas ini saya akan kongsikan dgn anda kisah Abdul Rahman bin Auf seorang sahabat Rasulullah yang hartawan serta beriman. :)
Qarun sangat bangga dengan keahliannya mencari rezki malah dia menganggap semua kekayaan yang diperolehnya karana kepakarannya dalam mengurus pernigaan emas dan menganggap ianya bukan anugerah Allah Ta’ala. Lalu Allah rakamkan kisah ini dalam Quran dengan Firmannya yang berbunyi:
Qaarun menjawab (dengan sombongnya): "Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Kalaulah Qaarun bijak pandai memahami, bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan? Dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya).. (Al Qasas: 78)
Qarun mempunyai keinginan yang tidak terbatas, dapat satu ingin dua, dapat dua ingin tiga, dan seterusnya. Dengan kata lain dia tidak pernah puas dengan apa yang dimilikinya. Segala cara dilakukan untuk memperolehi yang diinginkannya, tak peduli halal haram, baik atau buruk. Allah menggambarkan bahwa mengikuti hawa nafsu dalam harta duniawi tak akan ada habisnya....
Lalu Allah jelaskan lagi dalam firmannya
Bermegah-megahan telah melalaikan kamu, sampai kamu masuk ke liang kubur. Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui akibat perbuatanmu itu, -At takatsur: 1-3
sekian semoga menjadi munafaat utk kita semua dalam mencari rezki yang halal.....sama2 kita berbisnes dgn cara yg jujur dan beretika
No comments:
Post a Comment