Matawang ini dicipta oleh Amerika ketika perang Revolusi, yang mana tujuannya adalah untuk membiayai kos yang terlibat di dalam peperangan. Namun sebaik sahaja perang tamat, Matawang tersebut tidak lagi diterima pakai oleh orang ramai, sekaligus menjadikan ianya kehilangan nilai. Masakan matawang ciptaan manusia ini mampu mengatasi nilai wang yang diciptakan oleh Allah S.W.T iaitu Emas & Perak? (Zahabi Wal Fiddoh).
Kini USD juga sedang menuju ke arah itu! Mungkin anda berkata anda menyimpan RM dan bukannya USD, Benar.. tapi mungkin anda terlupa yang nilai RM adalah disandarkan dengan nilai USD! Jika sesuatu yang menjadi sandarannya juga sedang mengalami penyusutan nilai, apatah lagi sesuatu yang disandarkan dengannya, kerana RM itu sendiri sebenarnya tiada nilai apa2 padanya, tetapi ianya menjadi bernilai dan diterima untuk digunapakai apabila ianya disandarkan kepada nilai USD.
Hakikatnya, apabila nilai Matawang semakin susut seperti yang boleh dilihat di dalam carta diatas, kadar penerimaan ke atasnya juga akan semakin berkurang, dan jika kadar penyusutan nilainya menjadi terlalu besar, tiada siapa lagi yang mahu menerima pakai matawang tersebut!
Ianya amat berbeza dengan nilai komoditi Emas yang mana nilainya sentiasa meningkat sebagaimana yang dapat dilihat pada carta diatas. Sebagai contoh, pada tahun 2009 kadar tukaran USD - RM ialah RM3.60, kini kadarnya hanya tinggal RM3.00, bermakna jika pada tahun 2009 saya mempunyai RM36,000 di dalam akaun simpanan saya, jumlahnya ketika ini mungkin masih RM36,000, tetapi jumlah sebanyak itu ketika ini hanya mampu membeli sesuatu yang berharga RM30,000 pada tahun 2009 dulu, buktinya, sepinggan Nasi Goreng pada tahun 2009 hanya berharga RM3.00 sahaja, tetapi kini Nasi Goreng yang sama dan di kedai yang sama telah berharga RM3.60!!.
Bayangkan jika pada tahun 2009 dulu, dengan wang RM36,000 itu saya boleh membeli Emas seberat 343 gram (RM36,000 / RM105 (Harga emas segram) = 343g, dan jika saya menjual emas tersebut pada ketika ini saya boleh mendapat tunai sebanyak RM60,711 (343g x RM177/g)!!!
Bayangkan pula pada tahun 2009 dahulu kos sara hidup anda berjumlah RM3,000 sebulan, kini walaupun anda masih kekal dengan cara hidup yang sama seperti pada tahun 2009 dahulu, tetapi kos sara hidup bulanan anda telah meningkat kepada RM3600 sebulan! Mungkin pada dasarnya anda beranggapan ianya adalah disebabkan oleh harga barangan2 keperluan & perkhidmatan yang telah meningkat, memang benar...! inilah apa yang dinamakan dengan peningkatan kadar Inflasi, iaitu penyusutan kuasa beli melalui kenaikan harga barangan keperluan & perkhidmatan!
Kesimpulannya, belilah emas, tukarkan semua tunai yang ada dalam simpanan anda kepada emas fizikal, gunakannya untuk meningkatkan kuasa beli anda supaya kewangan anda terus kebal dari gelombang inflasi yang terus mengganas dari masa ke semasa. Untuk makluman, jika anda sekadar membeli emas dengan tujuan untuk dijual semula apabila harganya naik dan mengambil keuntungan daripadanya, ianya masih tidak membantu anda dari sudut perlindungan kewangan peribadi dan peningkatan kuasa beli. Mungkin anda masih untung dengan cara itu, tetapi anda masih terdedah dengan penyusutan kuasa beli dan Inflasi. Justeru, belilah Emas dan jadikan ianya sebagai aset pelaburan yang disimpan dan digunakan untuk jangkamasa panjang, sampai ke bila2.
Saya mendefinasikan Pelaburan itu sebagai satu aktiviti yang mampu mengubah kedudukan kewangan seseorang Pelabur itu, bermula dari satu tahap yang biasa menuju ke satu tahap yang luar biasa atau lebih baik selepasnya. Jadi, jika si Pelabur gagal membawa kedudukan kewangannya ke satu taraf yang lebih baik selepas dia membuat Pelaburan, maka dia perlu mengkaji dan merancang semula Investment Plan nya!
No comments:
Post a Comment