Thursday, February 3, 2011

Harga Komoditi Dijangka Melonjak Pada 2011 dan 2012

Steven Yong Head Investment Strategist and
 Research, Wealth Management Citybank

Permintaan yang kian meningkat di pasaran-pasaran baru muncul, dolar Amerika Syarikat (AS) yang lemah diikuti dengan bencana alam seperti di Brisbane, Australia, yang menjejaskan pengeluaran akan terus menolak naik harga-harga emas, minyak dan logam.

“Pertumbuhan ekonomi global, didahului oleh permintaan pasaran baru muncul dan meningkatnya asas- asas di dunia maju akan merangsangkan harga,” kata Steven Yong, ketua pelaburan strategi dan penyelidikan dan produk pengurusan kekayaan Citibank.

Beliau berkata, harga emas boleh naik ke purata AS$1,503.60 (RM4,586) seaun tahun ini dan AS$1,438.20 (RM4,387) seaun tahun depan sementara harga-harga West Texas intermediate (WTI) boleh melepasi purata AS$100 (RM305) setong pada tahun 2011 dan 2012. “Tetapi, adalah tidak mungkin yang harga minyak akan melonjak ke paras tinggi sejarahnya iaitu AS$147 (RM448) setong memandangkan ekonomi global belum lagi sekukuh seperti sebelumnya,” kata beliau.

Keuntungan selanjutnya turut dijangka terhadap kebanyakan harga-harga logam asas dalam jangka pendek dan sederhana dengan keutamaan kepada aluminium dan tembaga, kata beliau dalam satu persidangan akhbar.

“Ini terutamanya disebabkan oleh permintaan pasaran baru muncul yang begitu menggalakkan, khususnya penggunaan yang kian meningkat di China dan India dan beberapa kekangan dalam bekalan,” kata beliau.
Yong berkata, permintaan daripada negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah juga boleh memacu harga-harga logam.

Sehubungan itu, para pelabur seharusnya meninjau negara-negara yang boleh mendapat manfaat daripada trend ini seperti Brazil dan Rusia dengan Brazil merupakan antara pengeluar berkos paling rendah dalam komoditi-komoditi pertanian seperti keluli, besi dan pulpa.

“Perbelanjaan infrastruktur dijangka meningkat di celah-celah pertandingan bola sepak Piala Dunia 2014 dan Olimpik 2016. Oleh itu, pertumbuhan 4.5 peratus yang kukuh diunjurkan tahun ini dan tahun depan di Rusia,” kata beliau. 


Yong berkata, harga minyak ialah pemacu kukuh dalam pasaran ekuiti Rusia dengan sektor tenaga menguasai lebih 40 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK), hampir 70 peratus daripada pasaran ekuiti Rusia.
Selain daripada itu, Rusia mempunyai penilaian yang paling murah di kalangan pasaran-pasaran baru muncul iaitu tujuh kali ke hadapan pendapatan setakat 7 Disember 2010.
Yong berkata, bencana yang dihadapi Australia pada masa ini yang telah menjejaskan pengeluaran arang batu, telah memberi manfaat negara-negara seperti Kanada. 


– BERNAMA / KUALA LUMPUR 14 Jan 2011.

No comments:

Post a Comment