Tuesday, September 28, 2010

MENARIK TODAY: WANG KERTAS ADALAH PENYIMPAN YANG LEMAH.....


Harga emas 10 tahun naikdari USD280 kepada USD842
Inilah yang dikatakan penyimpan nilai terunggul,
terbaik dan tepat. Tanpa perlu membuat sebarang
pelaburan pun.
Satu fungsi utama wang yang gagal dimainkan oleh wang kertas adalah penyimpan nilai yang baik. Dengan kata lain, nilai wang kertas akan menyusut dalam jangka masa yang panjang. Inflasi akan memakan nilai wang anda, menyebabkan nilai wang kertas ditangan anda sekarang tidak akan sama dengan nilainya pada masa hadapan.

Contohnya amat mudah:

Katakan anda menyimpan wang kertas bernilai RM1000 di bawah bantal. 10 tahun akan datang, adakah nilai RM1000 tersebut boleh membeli barangan yang sama seperti sekarang? jawapannya, sudah pasti tak boleh.

Nilai wang kertas RM1000 itu akan menyusut akibat inflasi. Betul tak?

Jadi bagus ke tak bagus menyimpan wang kertas nie?

Memang sah tak bagus 

Cuba bayangkan jika anda menyimpan emas bernilai RM1000 di bawah almari. 10 tahun dari sekarang, apa yang akan terjadi kepada nilai emas berkenaan? Sudah pasti nilainya akan naik.


-petikan jutawanemas

No comments:

Post a Comment