Friday, December 17, 2010

Menarik today: Sempena Hari Jumaat Mengenai Zakat Emas dan Perak

Firman Allah Ta’ala :
وَأَقِيمُوا الصَّلاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ

Maksudnya : “ Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta berilah zakat ”. (Surah An-Nur Ayat 56)

Firman Allah Ta’ala :

قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا

Maksudnya : “ Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan) ”. (Surah As-Syams Ayat 9)
Hukum Zakat

Emas dan Perak Call me to lock price now
Wajib/Fardhu Ain ke atas orang Islam yang sudah sempurna syarat-syaratnya seperti cukup nisabnya,haulnya dan lain-lain lagi.

Firman Allah Ta’ala :
وَآتُوا الزَّكَاةَ
Maksudnya : “ Berilah Zakat ”. (Surah An-Nisa’ Ayat 77)
Firman Allah Ta’ala :

خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِمْ بِهَا
Maksudnya : “ Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk).(Surah At-Taubah Ayat 103)

Sabda Rasulullah s.a.w :
عن أبي عبد الرحمن عبد الله بن عمربن الخطاب رضي الله عنهما قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : بني الاسلام على خمس, شهادة أن لاإله إلاالله وان محمدا رسول الله,وإقام الصلاة,وإيتاء الزكاة وحج البيت,وصوم رمضان.
(رواه البخارى ومسلم)
Maksudnya : Dari ‘Abdal Rahman ‘Abdullah Ibn ‘Umar r.a katanya : Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Didirikan Islam atas lima (rukun) : Syahadah (pengakuan) bahawa tiada tuhan yang di sembah melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah dan mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji di baitullah serta puasa di bulan Ramadhan.(Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim)

Syarat-syarat zakat:
(a) Syarat wajib Zakat
Islam
Merdeka
Sempurna Milik
Cukup Nisab
Cukup Haul (12 Bulan/1 Tahun)
(b) Syarat sah zakat:
1. Niat
2. Memberi milik (Al-Tamlik) - diberi kepada orang yang berhak

Kaedah Pengiraan Zakat Emas dan Perak:
Takrifan :
Zakat emas dan perak merupakan zakat barangan kemas dan perhiasan wanita. Zakat yang dikeluarkan ke atas emas bergantung samaada emas yang dipakai ataupun yang disimpan yang mana telah cukup nisab dan haulnya.

Kaedah Pengiraan :
Zakat Emas
Pembayaran zakat emas terbahagi kepada 2 iaitu :

1. 2.5% atas nilai emas yang disimpan setahun yang nilai pasarannya melebihi kadar nisab (85gram).
2. Emas yang dipakai tidak dikenakan zakat melainkan :
Uruf nilai pasarannya melebihi kadar uruf ialah pemakaian setempat yang dibenarkan iaitu RM5,000.00


Keterangan :
Nisab berdasarkan harga emas semasa iaitu
85gm = 20 misqal = 25 mayam 2.7108 saga.

Zakat Perak
2.5% ke atas nilai perak yang disimpan atau yang dipakai yang nilainya melebihi kadar nisab (624gram).

Wallahu A'lamu Bissowaf...
Jika terdapat kekeliruan call me atau rujuk Ustaz yang berdekatan :). Mudah-mudahan kita semua tunaikan kewajipan sbg ummat Islam. Cara yg terbaik utk menyuci harta ialah dgn berzakat, bersedekah dsbg....

No comments:

Post a Comment