Ramai orang tersalah waktu memulakan pelaburan atau melabur di dalam sesuatu portfolio dan menyebabkan mereka mengalami kerugian, lantas memberikan pandangan negatif terhadap apa jua jenis pelaburan dan mengambil keputusan untuk menyara hidup dengan makan gaji sepanjang hayat!
Waktu terbaik untuk membeli sesebuah instrumen pelaburan ialah apabila orang lain takut atau tidak berminat terhadap sesuatu portfolio pelaburan tersebut. Saya berikan anda contoh:
Bulatan merah dalam chart diatas ialah retracement market pada setiap hujung tahun bermula tahun 2004 sehingga kini. Jelas, fenomena ini berlaku pada setiap hujung tahun dan ianya disebabkan oleh para Trader & Investor yang sedang mengambil keuntungan daripada pelaburan mereka yang bermula pada setiap awal tahun.
Dikala para Big Trader & Investor (Big Boys) sedang mengaut keuntungan inilah timing yang terbaik bagi Small Investor (kita semua) untuk membeli emas, kerana apabila Big Boys masuk semula ke dalam pasaran, nescaya pasaran akan mencanak naik disebabkan oleh dana pelaburan mereka yang besar.
Ini adalah konsep pelaburan secara teknikal.
Dari segi fundamental pula, cuba anda perhatikan pergeraka emas pada kotak biru diatas, ianya adalah pergerakan pada tahun 2008. Pada ketika itu Amerika sedang dilanda krisis SubPrima yang impaknya menyebabkan pasaran saham di seluruh dunia termasuk KLSE tidak terlepas daripada menerima kesan kejatuhan tersebut.
Secara logiknya, pada ketika itu kita semua akan berkata "syukur aku tak main saham..." atau "nasib baik aku tak invest properties.." kerana pada ketika itu semua saham, properties, komoditi dan segala2nya merudum teruk!!
Tetapi, bagi pelabur yang bijak dan pelabur sejati, di kala inilah mereka akan menggandakan pelaburan mereka!! Pada waktu ini mereka membeli Emas dan Perak pada harga yang murah!! membeli rumah2 yang dilelong pada harga yang rendah!!
Benar!
pada ketika inilah ada orang yang membeli 9 buah rumah tertmasuk rumah kedai dengan harga RM 27,000 sahaja!! Cuba anda tanyakan pada pelabur2 hartanah yang ketika ini berstatus jutawan, pada ketika ini adakah mereka membeli rumah sbyk2nya atau pun menjualkan rumah2 sewa mereka?
Saya ada terbaca blog seorang pelabur hartanah berstatus jutawan yang pada ketika ini telah memiliki 14 buah rumah sewa, dan kali pertama beliau menceburkan diri di bidang pelaburan hartanah ialah pada tahun 2008!!
Anda perhatikan selepas itu, sebaik sahaja krisis berakhir, harga emas & perak naik mendadak, saham2 dan komoditi lain turut naik mencanak, harga rumah juga turut melambung!!
Bayangkan ketika krisis berlaku, rumah2 yang bernilai RM100k telah dilelong pada harga RM30k, jika anda beli 10 buah rumah, anda hanya perlu membayar RM 300k, dan pada ketika ini nilainya telah melambung kepada RM 150k setiap buah, bukankah kini anda telah pun berstatus jutawan dengan memiliki hartanah bernilai RM 1.5 Juta??
Inilah yang dikatakan "Membeli ketika orang lain takut untuk membeli". Telah menjadi lumrah dunia, di kala orang lain kerugian dan ketakutan, sebahagian yang lain pula akan mengambil kesempatan dengan keuntungan dan kegembiraan.
Buktinya, pada ketika ini Amerika sedang risau untuk memulihkan tahap ekonomi mereka yang merosot teruk, kita pula sedang menikmati bencana yang melanda mereka dengan kenaikan Gold & Silver yang berterusan dan matawang kita yang semakin mengukuh!!
No comments:
Post a Comment