Untuk kali ini, saya ingin berikan pendedahan yang amat penting kepada anda, sebenarnya ramai yang tidak sedar mengapa perlu kita sandarkan setiap perbelanjaan kita dengan emas.
Umum mengetahui bahawa wang kertas yang ada pada kita sebenarnya tiada nilai, tetapi ianya jadi bernilai apabila disandarkan kepada rizab simpanan emas.
Tetapi, apabila wang kertas yang dicetak melebihi nilai rizab simpanan emas, maka lebihan cetakan itu yang dipanggil "Fiat Money". Ianya hanyalah sehelai kertas yang dicetak dengan nilai muka diatasnya, tanpa ada emas yang menjadi sandarannya.
Justeru, bagi menambah nilai kepada wang fiat yang kita miliki, maka sandarkanlah ia dengan emas.
Caranya?
Beli emas, cagarkan di Ar-Rahnu, kemudian tunai yang anda dapat hasil cagaran itu tadi baru boleh anda belanjakan. Itulah teknik kita untuk menambah nilai kepada wang fiat yang tiada nilai tadi.
Maka saya sangat tidak setuju jika ada sesetengah individu yang mengatakan bahawa memajakkan emas adalah merugikan!! Sedangkan ianya adalah sandaran kepada wang tunai anda.
Contoh :
Seorang rakan saya mempunyai tunai sebanyak RM100k dan beliau ingin membuat pinjaman bank untuk membeli sebuah kereta baru yang berharga RM 70k.
Saya memberi pandangan kepada beliau, jika beliau membuat pinjaman tidak sihat untuk membeli sesuatu yang susut nilai bahkan akan menjadi liabiliti disebabkan kos2 sampingan termasuk maitanance, ianya adalah satu tindakan yang kurang bijak, sedangkan beliau mempunyai tunai yang banyak.
Justeru, saya menyarankan beliau agar menyandarkan belian sesuatu yang susut nilai kepada sesuatu yang meningkat nilainya, agar beliau tidak mengalami kerugian!!
Saya mencadangkan agar RM 100,000 tersebut dibelikan emas, pajakkan dan dapat RM 70,000 tunai dan bayar kereta tersebut secara tunai.
Ambil kira kenaikan purata tahunan emas sebanyak 25%, selepas 3 tahun kenaikan nilai emasnya adalah sebanyak 75%. Bermakna nilai emasnya ketika itu telah menjadi RM 175,000.00.
Pada ketika itu, beliau boleh menjual emasnya dan menebusnya dari Ar-Rahnu.
Perkiraan mudahnya ialah :
RM 175,000.00 (Hasil Jualan Emas) - RM 70,000.00 (Pinjaman Ar-Rahnu) = RM 105,000.00
RM 105,000.00 - RM 21,600.00 (Upah simpan 3 tahun) = RM 83,400.00 (Untung dlm tgn)
Nah, dalam hanya 3 tahun, beliau telah mendapat semula RM 83,400.00.
RM 100,000.00 (Modal asal ) - RM 83,400.00 (Untung dlm tgn) = RM 16,600.00
Ini bermakna beliau telah membeli sebuah kereta yang berharga RM 70,000.00 dengan hanya membayar RM 16,600.00!!
Dan upah simpan yang beliau bayar hanyalah kira2 RM 600.00 sebulan, sedangkan jika beliau membuat pinjaman bank sebanyak RM 70,000.00 untuk membeli kereta, sudah pasti bayarannya mencecah hampir RM 1,000.00 selama 9 tahun!!
Anda nampak betapa mudahnya jika kita tahu bagaimana untuk memanipulasikan kewangan melalui pelaburan emas kan? justeru jangan bazirkan setiap sen wang anda.
Sentiasa sandarkan dengan emas, emas dan emas!!!
Jadi jangan takut untuk membeli emas, tak perlu tunggu harga turun, jika anda beli ketika harga tinggi, lebih tinggi tunai yang anda akan perolehi hasil pajakan Ar-Rahnu!!
Konsep pelaburan emas ini sangat subjektif dan mudah untuk dimanipulasikan, yang penting anda tahu cara pengurusannya.
Ini hanyalah secebis ilmu berharga yang saya kongsikan, masih banyak lagi yang tersimpan dalam kepala saya, dan saya bersedia untuk berkongsi dengan anda pada bila-bila masa!!
Anda tak perlu bayar untuk ilmu yang tak ternilai harganya ini, cukuplah jika anda memahami konsep ini dan bertindak sekarang untuk mengelakkan kerugian demi kerugian dengan cara menghubungi saya di 0193557072 dan beli emas sebanyak mungkin....!!
Membeli Emas = Menginsurankan & Meningkatkan Nilai Wang
Di Agro Bank, anda boleh sambung pajakan 6 bulan + 6 bulan + 6 bulan, kemudian jika anda masih mahu meneruskan pajakan, Ar-Rahnu akan buat valuation semula dengan Nilai Marhun yang baru sehinggalah 18 bulan seterusnya, dan buat lagi valuation dan seterusnya.
Bermakna, jika kenaikan pada waktu itu 30%, anda akan mendapat lebihan tunai lagi!!
Jika selepas 18 bulan Ar-Rahnu tidak lagi menerima pajakan, sudah tentu Ar-Rahnu sendiri akan kerugian!!
The problen is lepas 18 bulan utk revaluation memerlukan seseorang bawa cash dan tebus kemudian pajak balik - mana nak dapat 70K utk tebus. Saya dah buat pun - nasib baik ada cash.
ReplyDeletejawapan:
ReplyDeleteselepas 2x sambung gadai Agro akan nilai semua emas kita. Maka dgn itu kita dpt byr upah simpan
atau simpan duit bulanan spt mana kita mahu byr insuran kereta.
atau cari buyyer jual dgn harga semasa...
jika keliru lg dgn jawapan saya call me 019-3557072. TQ
cara tu kena kaji semula...meragukan...terlalu optimistik
ReplyDeletelagik juga..tp kena faham dulu prosedur gadaian agro bank...
ReplyDeleteadakh semasa agro nk buat nilai semula, kita tk perlu byr dulu 70k + upah ?..kalu mcm tu, boleh dipraktik...sebab bila lepas nilai semuna, agro akan bg cash kt kita...n kita ble byr 70k + upah sebelumnye.....adekh gitu??..
Prosidur Agro kena tanya kat Bank la kadang2 berubah bergantung kepada Manager dan branch2 masing..
ReplyDeleteKalau dah sampai 6 bulan byr upah simpan saja....dan sambung lagi 6 bulan....
sambil2 tu cari buyer...mestu ada...dan mustahil kalau tak de org nak beli emas dlm masa 1 tahun...
bagi saya setiap bulan ada jer org beli...utk bulan ni Mac 4o gram dah org beli
Bulan Februari 2011 500 gram. Alhamdulillah ada jer org beli
itu lah rezki..di samping berusaha..Insya Allah