Sunday, November 14, 2010

Keuntungan Berganda Membeli Barang Kemas Public Jewellery

"Buat apa beli emas ni....bukan boleh pakai pun..klau brg kemas boleh gak pakai..."

Ini diantara ayat2 kaum wanita bila ditawarkan dengan peluang pelaburan emas. Memang ada segelintir individu yang menganggap membeli barangan kemas itu sebagai salah satu pelaburan, walaupun pada hakikatnya "pelaburan" mereka itu merugikan.

Walaupun kerugiannya bukanlah 100% disebabkan harga emas yang sentiasa meningkat, tetapi mereka telah kerugian 15-20% sebaik sahaja mereka membuat belian, dan kerugian 25-50% ketika mahu menjualnya semula selain kerugian masa.

Tidak salah jika mahu melabur dalam bentuk barangan kemas, tetapi jika niat anda anda membelinya atas dasar "kecantikan hiasan + pelaburan", maka anda perlu meneliti jenis2 barangan kemas yang menepati hasrat anda.

Saya mahu berkongsi fakta benar bersama anda, saya amat yakin yang anda pasti bersetuju 100% dengan fakta2 ini :

1- Harga tinggi, ketulenan rendah

Secara umumnya brg kemas di kedai emas adalah jenis emas 916, dan pastinya mereka menjual dgn harga semasa untuk emas 916. Realitinya, cuba anda bawa ke Ar-Rahnu dan uji ketulenannya, saya yakin ketulenan emasnya hanyalah sekadar 835!! Tetapi anda membayarnya dengan harga semasa emas 916 dan bukan 835!! Di sini pun anda dah rugi, belum lagi dicampur kos tambahan upah pembuatan, anda dah 2 kali rugi!!

Tetapi jika anda membeli di Public Jewellery (PJ), ketulenan emasnya adalah 916, dijamin 100%!! Anda boleh meminta staff PG menguji ketulenannya serta merta jika anda collect sendiri di branch PG. Tapi jika di kedai emas, cubalah anda suruh mereka uji dulu sebelum anda membelinya, pasti berbagai alasan diberikan. Selain itu, emas PJ juga tiada upah buatan, bermakna anda hanya membayar harga emas sahaja!


2- Beli ketika harga rendah, tetapi bayar dengan harga tinggi

Sabtu lepas saya membeli gelang tangan PJ, beratnya 21.4g dan saya membelinya dengan harga yang jauh lebih murah berbanding dengan yang dijual di kedai emas. Lihat perbezaannya :

Pada bulan ini harga semasa kedai emas untuk 916 ialah RM151/g. Katakan jika gelang tersebut saya beli di kedai emas, harga yang perlu saya bayar :

21.4g x RM151 = RM 3,231.40 + RM 150 (Anggaran Upah Buatan)
= RM 3,381.40

Gelang yg sbnrnya berketulenan hanya 853, tetapi anda bayar dengan harga 916. Emas 835 pada bulan ini hanya berharga RM 139/g.

RM 151 - RM 139 = RM 12/g x 21.4g = RM 256.80

Jadi kerugian anda ialah RM 256.80 + RM 150 (Upah Buatan) = RM 406.80 (Nett Loss)

Tetapi jika anda beli di PJ, ianya dijual mengikut harga semasa dunia dan berubah setiap 20 minit. Ketika saya membeli gelang tersebut, harga semsa 916 cuma RM 143.00.

21.4g x RM 143 = RM 3,060.20 + RM 20 (Delivery Cost) = RM3,080.20

Nah, saya membayar harga yang rendah untuk gelang tangan tulen 916, anda dpt lihat perbezaannya kan?

Itu belum dikira dari promosi PJ yg memberikan Baucer Tunai RM 80 dan komisyen belian 2% yang dibayar kepada saya.

Jika dikira semuanya, saya hanya membayar RM 2,938.60 untuk gelang tangan emas 916 seberat 21.4g di PJ, berbanding RM 3,381.40 jika saya membeli di kedai emas!!!

Beza harga RM 442.80!!

Tetapi jika anda membeli barangan kemas untuk tujuan perhiasan dan kecantikan semata2 dan bukan untuk tujuan pelaburan, itu terpulang kpd anda untuk membuat pilihan.

Tetapi jika sebaliknya sebagaimana yg saya nyatakan diatas tadi, masih belum terlambat untuk anda mengubah fikiran.

Hubungi saya sekarang untuk membuat belian dan lock pada harga yang rendah. Untuk pilihan jenis dan rekabentuk, anda boleh lawati :


Pilih produk yang dikehendaki, nyatakan No Kod item dan terus Call / Sms ke : 019-3557072 / 017-3098596

                                                                                            -Rujukan:pelaburjutawan.com
                                                                                                   artikel 27-10-2010

Info: Upah simpan yang terendah di Agro Bank

Cara perkiraan yang biasa digunakan di mana2 Ar-Rahnu ialah, mereka akan mengenakan upah simpan bagi setiap RM100 dari Nilai Marhun sesuatu barang itu.  Jika setiap RM100 dari Nilai Marhun upahnya ialah RM 0.60sen sebulan ianya bersamaan 0.6% sebulan.
Upah simpan Agro adalah yg terendah
dan mengikuti syarak Islam.
Cth nilai marhun (harga pajakan) Agrobank utk 1 gram sekarang RM 159.90 


CONTOH PAJAKAN EMAS 100GRAM


100g x RM 159.90 = RM 15,990 (Nilai Marhun)


Jadi upah simpannya ialah:


RM 15,990 x 0.6% = RM 95.94 sebulan. Upah simpan hanya perlu dibyr pada setiap 6 bulan, bknnya sebulan sekali.



JANGAN BERLENGAH LAGI MULAKAN PERUBAHAN ANDA. KEUNTUNGAN DARI KENAIKAN HARGA EMAS KITA BOLEH MEMBAYAR UPAH SIMPAN DI AGRO


PELABURAN EMAS SEKURANG-KURANGNYA 1 TAHUN DAN ADALAH LEBIH ELOK JIKA ANDA MENYIMPAN DALAM TEMPOH YANG LAMA SEDIKIT SEPERTI 3 TAHUN KE ATAS... :)


RASA JER NAK PAKAI DUIT PERGI LA GADAI KAT AGRO BANK...:)
*sila rujuk nilai gadaian terkini memandangkan harga emas sudah dari RM160 kepada RM166 

Friday, November 12, 2010

Bagaimana caranya duit tak cukup tapi nak simpan, melabur emas...


Simpan emas tak akan rugi...minima 1 tahun hingga 3 tahun
Manfaatkan the power of arrahnu. Senang sahaja. pihak kami sediakan dinar emas/ jongkong emas tersebut dan kita terus pergi arrahnu untuk buat gadaian/simpan.


Pihak ar-rahnu akan memberikan duit sebanyak 65%-70% daripada market value emas. Dengan duit itulah anda bayar kepada kami. Emas tersebut akan jadi milik anda. Nak tunggu duit simpanan sendiri baru nak beli 100g, 200g emas memang memakan masa. 


Konsepnya hampir sama macam loan ASB. Kita memiliki saham ASB dengan menggunakan duit bank. Bank akan untung diatas faedah yang dikenakan kepada kita dan kita akan untung keatas dividen yang diperlolehi. Cuma arrahnu, kita hanya membayar upah simpan selagi kita tidak tebus barang tersebut.

Selama ini bank menggunakan duit kita untuk menambah lagi aset mereka, kenapa kita tidak melakukan sebaliknya dengan menggunakan duit bank untuk menambahkan aset kita. 



Contoh pembelian melalui ARRAHNU ( Bank rakyat, Agrobank etc. ) ;
100g EMAS 999 ; Harga rm15,500  [ Modal Anda  rm5,100    & Duit arrahnu rm10,400 ]

200g EMAS 999 ; Harga rm31,000  Modal Anda  rm10,200  & Duit arrahnu rm20,800 ] 
500g EMAS 999 ; Harga rm77,500  [ Modal Anda  rm25,500  & Duit arrahnu rm52,000 ]   
* anggaran pinjaman arrahnu adalah 65% 

KEUNTUNGAN kepada semua ;

1) Pihak kami ; untung dapat menjual EMAS dalam kuantiti yang banyak.


2) Pihak anda ; untung dapat membeli EMAS dalam kuantiti yang banyak, 

    dengan modal minima.


3) Pihak arrahnu ; dapat untung melalui upah simpan(lebih kurang 0.65% dari 

    market value)Jadi, kita dapat lihat disini bagaimana ekonomi umat Islam akan berkembang maju.

Jadi, apakah kelebihannya dapat membeli EMAS dalam kuantiti yang banyak? Jika berlaku kenaikan harga EMAS semasa pada masa hadapan sudah tentulah mereka yang memiliki simpanan EMAS yang lebih banyak akan lebih untung. 

Mari kita kirakan untuk dua senarion ini. 
Cara 1, jika membeli secara tunai, dengan bermodalkan rm10,000 anda akan dapat lebih kurang 60g EMAS. 


Cara 2, dengan menggunakan teknik arrahnu, anda mampu memiliki sehingga 180g EMAS. Jika kenaikan harga emas sebanyak RM50 selama setahun, berapakah untung bagi kedua2 cara ?

Cara 1 ;    60g X rm50/g  = rm3,000
Cara 2 ;  180g X rm50/g  = rm9,000,
              anggaran upah simpan rm200 x 12 = rm2,400 , jadi keuntungan bersih adalah Rm9,000 - rm2,400 = rm6,600   
         
Declaration: Walau bagaimanapun melaburlah di atas risiko sendiri. Fikirkan dan buat kira2 akan kemampuan anda sebelum melabur. Jangan terikut2 dengan rakan2 sekeliling melabur, anda pun ingin melabur. Itu adalah tindakan yang salah. Jika berhasrat untuk pelaburan jangkan panjang, pastikan anda memiliki baki wang untuk membayar UPAH SIMPAN, membuat spot-gold(top-up hutang) adalah tidak digalakkan kerana secara automatik UPAH SIMPAN juga akan bertambah "

Emas tidak akan susut nilai


Simpanlah....... sebahagian aset kita dalam bentuk emas kerana nilai emas semakin naik dan naik.Kos kewangan anda semakin naik , aset anda miliki pun semakin naik dan naik....


Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham(untuk digunakan). Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.



Menarik today: Lihatlah kenaikan harga emas 2009 dan 2010

Menyimpan emas seolah2 anda menginsurankan aset2 
anda dari di telan Inflasi yang meningkat dari tahun ketahun....
Belilah emas skrg utk simpanan anda sblm harga
 mencecah RM200 pergram....

Call  019-3557072

Sms 017-3098596

Thursday, November 11, 2010

Alhamdulillah seorang lagi Dealer baru today sekalung tahniah buat anda sekeluarga....!!!!

Tahniah....!!!
di ucapkan kepada kerana  mendaftar sebagai dealer Public Gold


Anda boleh berhubung dengan beliau untuk tempahan dinar, gold bar dan silver di area Cyberjaya, Purtajaya, Dengkil dan kawasan-kawasan yang berhampiran..


Sharifah Junaidah binti Syed Dahari 
TeL: 013-6131178
Email: sharie72@gmail.com 
Area: Cyberjaya, Dengkil, Putrajaya

Kami mendoakan kejayaan anda. 
Simpanlah sebahagian aset kita dalam bentuk emas kerana nilai emas semakin naik.Kos kewangan anda semakin naik , aset anda miliki pun semakin naik.

Berita Terkini: Harga Emas terkini.........

rujukan:  http://www.fgjam.org.my



Nantikan kemunculan saya di Harian Metro pada pertengahan November 2010............

Harga emas naik lagi kepada RM166 pergram belilah sblm RM200 pergram cepattttt.....
call me to lock price now........019-3557072

Wednesday, November 10, 2010

Menarik today: Emas Tidak Akan Mempengaruhi Anda Semakin Miskin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua sahabat yang membaca luahan seorang pencinta emas.Alhamdulillah bersyukur pada Allah Taala dengan izinNya diri ini diberi petunjuk untuk mengenali emas , salah satu logam ciptaanNya untuk umat manusia.

Ramai yang bertanya pada saya , boleh kayakan memiliki dan berniaga emas ? Jawapan yang paling simple yang saya dapat simpulkan adalah :
“Emas tidak akan membuatkan anda kaya serta merta tetapi boleh mengelak anda dari semakin miskin”.

Sebagai contoh :

Sebelum ini anda belum mendirikan rumahtangga , so tanggungjawab anda pada kedua ibubapa

Kalau sekarang anda sudah mendirikan rumahtangga , so tanggungjawab anda pada kedua ibubapa dan isteri.

Kalau anda sekarang sudah mempunyai anak , so tanggungjawab anda pada kedua ibubapa , isteri dan anak.

Kalau anda sekarang sudah mempunyai lebih dari seorang anak , so tanggungjawab anda pada kedua ibubapa , isteri dan anak-anak.

Kesimpulannya disini semakin hari semakin banyak tanggungjawab yang anda wajib pikul.So secara tidak langsung , kos kewangan anda semakin meningkat sedangkan aset yang anda miliki sekarang semakin susut nilai ( duit fiat ) .

Bagi saya jalan penyelesaian untuk stabilkan sistem kewangan kita , simpan sebahagian aset kita dalam bentuk emas kerana nilai emas semakin naik.Kos kewangan anda semakin naik , aset anda miliki pun semakin naik.

Tuesday, November 9, 2010

Beli emas sblm harga mencecah RM200 pergram!!! Jangan tanggung lagi..Anda akan rugi dan terus rugiiiii...

Belilah emas skrg sebelum harga mencecah RM200 pergram

Harga emas telah melepasi $ 1400 per oz dan kini sedang mendaki ke garisan kuning yang seterusnya iaitu ke paras $ 1450 per oz.

Anda di luar sana masih ada peluang dan masa lagi untuk anda lock price sekarang. Tahniah.....!!! kepada client saya semalam En Yusof dan Cik Imah kerana membuat keputusan yang bijak iaitu membeli emas dinar. Hari ini harga lebih tinggi dari semalam. 

Jangan menyesal anda telah memiliki emas nilainya akan naik dan terus naik..... Ambil peluang ini sekarang dengan membeli emas sebelum harga mencecah RM200 pergram...........

Call me now to lock price !!! Atau terus menjadi dealer dengan pembelian RM20K di mana anda akan terus memiliki emas dinar, jongkong ataupun barang kemas :). Berminat untuk menjadi dealer? Kami akan menyediakan 'website' percuma jika anda bersama rangkaian kami.

Tahniah juga kepada dealer baru saya kerana sudah mendaftar sebagai dealer. Sila berhubung dengan beliau untuk pembelian di KLIA, LCCT, Salak Tinggi, Nilai 
ISMAIL MANSOR
017-2519678
imansor76@yahoo.com
LCCT, KLIA, Salak Tinggi, Nilai

TERUSKAN PERJUANGAN ANDA DALAM PERNIAGAAN EMAS. KAMI MENDOAKAN SEMOGA ANDA BERJAYA MELEBARKAN EMPAYAR EMAS ANDA....

Friday, November 5, 2010

Menarik today: Beli emas dapat kereta, Tv, kamera, komputer dan barang2 yg lain tanpa membebankan Anda....!!!!!!

Sebelum beli barang2 yg lain beli emas dulu 
kemudian pajak dan baru beli barang2 yg lain.....
Pada posting yang lepas saya telah mendedahkan bahawa wang yang kita perolehi hasil titik peluh selama kita bekerja ini sebenarnya adalah wang fiat (iaitu wang yang tidak disandarkan dengan emas).



Ianya langsung tidak bernilai bahkan ianya masih kekal digunakan pun hanya kerana ianya masih diterima oleh para pengguna (kita semua) sebagai medium pertukaran.

Tetapi malangnya kita tidak mampu untuk mendesak pemerintah agar membuat penyelarasan semula dengan mengimbangkan diantara jumlah wang ringgit yang telah dicetak dengan rizab simpanan emas.

Justeru, langkah yang boleh kita ambil ialah, kita sendiri perlu menyandarkan wang yang kita perolehi dengan emas!!


Caranya?

Mudah saja, sebelum kita membelanjakan sejumlah wang, baik untuk membeli barangan keperluan (terutamanya yang mahal dan susut nilai) ataupun untuk tujuan modal perniagaan dan pelaburan pastikan anda gunakan wang itu untuk membeli emas dahulu.

Selepas anda beli emas, pajakkan di Ar-Rahnu dan tunai yang anda dapat hasil dari pajakan itulah yang boleh anda digunakan untuk keperluan tersebut.

Rasionalnya?

1- Membeli barangan susut nilai (Kereta, TV lcd, Laptop, Motosikal & etc)

Jika anda membeli barangan yang susut nilai, anda tidak akan kerugian kerana kadar penyusutan itu dapat diimbangi oleh kadar kenaikan nilai emas yang anda pajakkan tadi.

Anda hanya perlu maintain upah simpan 6bulan sekali dan apabila sampai waktunya nanti (kenaikan harga emas) anda boleh jualkan emas tersebut dan keuntungan hasil jualan tadi akan mengurangkan kerugian anda diatas belian barangan susut nilai tadi dan tidak mustahil dalam masa yang sama anda akan meraih keuntungan, sekaligus membuatkan barangan tadi anda perolehi secara percuma!!.

2- Modal Perniagaan


Setiap perniagaan terdedah kepada risiko kerugian. Justeru, sandarkan modal perniagaan ataupun modal pusingan anda dengan emas. Caranya sama, iaitu beli emas, pajakkan dan hasil pajakan tadi baru boleh digunakan untuk perniagaan.

Jika perniagaan anda untung, hasil dari keuntungan bulanannya digunakan untuk bayaran balik kepada Ar-Rahnu sedikit demi sedikit sehingga tertebus kesemua emas tadi. Dengan cara ini, untung perniagaan anda dapat, untung kenaikan emas pun anda dapat!!

Jika perniagaan anda rugi pula, anda hanya perlu maintain bayaran upah simpan setiap 6 bulan sekali, dan dengan purata kenaikan nilai emas 25% setahun, hanya dalam masa 4 tahun anda telah menggandakan nilai emas anda kepada 100%. Anda boleh jualkan emas tersebut dan keuntungannya telah cover semula kerugian anda tadi. Keuntungannya anda boleh belikan emas lagi, pajakkan dan mulakan perniagaan baru. 

Sedarlah, jika anda laksanakan cara ini, anda tidak akan muflis, jatuh terduduk dan sebagainya seandainya anda kerugian di dalam perniagaan anda, kerana risikonya telah diminimakan oleh emas!!!

3- Pelaburan (Hartanah, Saham, Unit Amanah etc)

Ramai orang mengatakan bahawa pelaburan hartanah sememangnya menguntungkan, tetapi amat jarang yang mengatakan berkenaan risiko kerugiannya.

Apakah pelaburan hartanah tiada risiko?
Bagaimana jika berlaku kemelesetan ekonomi, syarikat2 bankrap, penyewa anda hilang pekerjaan sekaligus tidak mampu membayar sewa kepada anda? dan anda juga tidak mampu membayar semula kepada bank? akibatnya rumah anda akan dilelong!!

Tetapi jika anda menyandarkan belian rumah tadi dengan emas, anda tidak akan kerugian kerana apabila berlaku kemelesetan ekonomi harga emas akan naik mendadak!!

Begitu juga ketika berlakunya bencana atau peperangan seperti peristiwa 9/11 cthnya, jika anda mempunyai hartanah di kawasan bandar di U.S sudah tentu penyewa anda akan lari dan anda perlu menanggung risiko yang hartanah anda akan dilelong. Tetapi jika anda sandarkan pelaburan tersebut dengan emas, anda akan menikmati keuntungan hasil kenaikan emas sebanayk 9% dan perak 11% pada hari itu!!

Kesimpulannya, emas bukan sahaja bertindak sebagai pelindung kepada nilai harta anda, tetapi ia juga bertindak sebagai pelindung kepada kerugian dan peminima risiko perniagaan dan pelaburan anda.

Semoga anda dapat mengambil iktibar hasil dari tips ini, dan jangan berlengah lagi, hubungi saya sekarang dan beli emas sebanyak mungkin sebelum ianya mencecah $ 2,000 per oz pada hujung tahun hadapan!!

Call/ sms me now for booking price 019-3557072
tak rugi beli emas...